Nuffnang

Jumaat, 14 Februari 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Almy Nadia Sahihkan Bakal Berkahwin Dengan <b>Fizz Fairuz</b> - OhBulan

Posted: 13 Feb 2014 09:34 PM PST

Almy Nadia Sahihkan Bakal Berkahwin Dengan Fizz Fairuz

Terkejut kami apabila Fizz Fairuz mengumumkan dia dan kekasihnya Almy Nadia bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Mei 2014, mana tidaknya, diam tak diam semua persiapan sudah hampir siap dilakukan.

Artikel Berkaitan: Akhirnya, Fizz Fairuz Umum Nikahi Almy Nadia

Umum tahu kisah percintaan dua pelakon ini yang pernah dilanda kontroversi bila Fizz secara tiba-tiba mengikat pertunangan dengan wanita lain. Namun, semuanya berakhir bila Fizz dikatakan telah ditipu wanita tersebut.

Almy yang masih terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Fizz semalam mengesahkan mereka bakal berkahwin Mei ini.

Almy Nadia Sahihkan Bakal Berkahwin Dengan Fizz Fairuz

Almy ketika dihubungi memberitahu dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan dan resepsinya nanti, selain terikat dengan jadual penggambaran.

Syukur Alhandulillah kerana akhirnya doa kami dimakbulkan. Setelah pelbagai dugaan yang kami tempuhi, akhirnya kami bakal menerajui bahtera perkahwinan bersama.

Ditanya mengenai kontroversi yang pernah menghimpit hubungan mereka sebelum ini, Almy berkata masing-masing sudah melupakan perkara yang sudah lepas.

Apa yang terjadi kami jadikan sebagai pengajaran. Ini semua kuasa Allah, mungkin sudah tertulis jodoh kami kuat dan kini kami sudah bersedia untuk melangkah ke fasa lain dalam kehidupan kami.

Semua manusia membuat kesilapan, bagi saya, yang sudah lepas tu biarlah lepas, saya lebih berfikiran positif dan berdoa semoga setiap hari akan ada perkara baik berlaku.

Almy turut meminta peminat untuk mendoakan kebahagian rumahtangga yang bakal dibina dan meminta semua pihak tidak lagi bercakap tentang perkara yang sudah lepas.

Dalam perkembangan terbaru, Almy kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri 'Janji Jaslina' yang bakal disiarkan di TV3 awal April nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan