Elly Mazlein - Google Blog Search |
<b>Elly Mazlein</b> Tidak Akan Sorok Kalau Putus Tunang – Perak Today Posted: 19 Oct 2012 12:42 AM PDT Penyanyi Elly Mazlein tidak akan menyembunyikan status hubungannya dengan pengarah filem Azmi Hata sama ada ia sudah putus ataupun masih lagi berlangsung. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, berkata, dia akan membuat kenyataan rasmi sekiranya statusnya sudah disahkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu buat sementara waktu ini. "Harap semua faham, saya tidak akan memberikan sebarang komen tentang perkara itu selagi ia tidak disahkan betul-betul. "Lagipun, menjadi sesuatu yang normal, tidak semestinya sebuah pertunangan akan diakhiri dengan perkahwinan. Sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai bukan," katanya berkias. Elly ditemui pada majlis pelancaran treler filem Awan Dania The Movie di Kafe Barbara, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada Khamis. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Tambah Elly, mujurlah keluarga memahami keadaannya dan tidak mendesak penyanyi itu untuk berkahwin secepat mungkin. Ditanya, adakah dia sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, Elly cuba menukar topik soalan yang ditanya pihak media itu dan berkata, dia kini sedang sibuk dengan persiapan kemunculan lagu terbarunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar pada November ini. "Fokus saya sekarang ialah single lagu Sabarlah Hati yang dicipta sepenuhnya oleh Manusia Putih dan bakal dilancarkan pada November ini. "Ia juga merupakan tanda kemunculan saya di bidang nyanyian pula," katanya. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan, Elly sekali lagi disoal, adakah lagu tersebut mempunyai kaitan dengan status hubungannya dengan Azmi, katanya: "Adakalanya, kita berkongsi masalah peribadi menerusi lagu yang disampaikan tanpa orang sedar," ujarnya. -mStar Online |
You are subscribed to email updates from Elly Mazlein - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan