Nuffnang

Jumaat, 14 Februari 2014

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jan 2014 01:24 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 01:16 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Oct 2013 01:54 AM PDT


Balada Pencinta, mengusik jiwa ~ KakiGosip.com

Posted: 25 Oct 2013 05:11 PM PDT


NAMA Khir Rahman dengan hasil karya seni bagai tidak boleh dipisahkan lagi.

Setelah mengarahkan filem ... Dalam Botol yang sarat dengan metafora dan elemen seni, Khir atau nama sebenarnya, Khairulizam Abdul Rahman kini tampil dengan sebuah naskhah baru.

Menariknya dalam filem terbarunya ini, Khir tidak lagi menyelitkan metafora seni yang berat untuk difahami, sebaliknya sebuah naskhah komersial yang diadun dengan nilai kesenian.

Jelas Khir, Balada Pencinta dihasilkan mengikut caranya yang tersendiri dengan menggabungkan unsur komersial dan seni sebagai strategi dalam menarik perhatian penonton.

"Dahulu ketika saya buat filem yang penuh unsur kesenian, orang tidak boleh terima. Jadi saya buat filem komersial sama seperti orang lain tetapi masih lagi menyelitkan metafora seni di dalam filem ini.

"Malah, saya juga lebih fokus kepada kisah cinta tanpa meninggalkan momen indah yang sememangnya berlaku dalam dunia realiti.

"Biarpun bukan mudah untuk menggabungkan elemen seni dan komersial, tapi saya cuba buat yang berbaik, apatah lagi dalam menjaga keseimbangan plot dan sinematografi," katanya yang ditemui pada majlis pratonton filem berkenaan, baru-baru ini.

Balada Pencinta menampilkan pelakon berbakat besar seperti Johan As'ari, Siti Saleha dan Sein Hussein.

Filem yang menjalani penggambaran pada Mei tahun lalu mengisahkan kehidupan seorang busker jalanan, Amir (Johan As'ari) yang pernah melalui zaman gelap ahli kumpulan gangster. Pertemuan Amir dengan Aishah (Siti Saleha), menjadi titik permulaan bagi Amir untuk berubah dan mencari jalan kehidupan yang lebih baik.

Namun, cinta yang disemai tidak dapat mengubah hakikat yang Amir dan Aishah berlainan darjat, apatah lagi Aisyah sudah ditunangkan dengan Boy (Sein Hussein), yang menjadi pilihan keluarga. Walau dianggap sebagai pasangan yang sama cantik dan kaya, tetap tidak merubah perasaan Aishah terhadap Amir.

Turut dibintangi Azhan Rani dan Bell Ngasri, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu.

Biarpun sinopsisnya barangkali kedengaran klise, namun kebijaksanaan Khir menggandingkan Johan dan Saleha memberi nafas yang baru untuk dipertontonkan.

Apatah lagi, filem ini akan membuatkan penonton sama-sama saat-saat pertama perkenalan dengan pasangan masing-masing apabila cerita ini disuntik dengan lebih santai.

Begitu juga dengan dialog-dialog yang biasa di dengar membuatkan Balada Pencinta cukup dengan segala rasa-pahit manis, suka dan duka.

Lebih-lebih lagi lakonan berkesan Johan dan Saleha tatkala mengemudi babak sedih menjadikan penonton turut sama 'terheret' dalam kesedihan yang dialami mereka.

Selain itu, lakonan pelakon lain seperti Azhan Rani, Sein Hussien, Bell Ngasri, Miera Liyana dan Iedil Putra juga tidak kurang hebatnya biarpun muncul dalam beberapa babak sahaja.

Terutamanya lakonan Sein yang sekali lagi membawakan watak lelaki psiko selepas filem Psiko Pencuri Hati. Biarpun wataknya itu pernah dilihat (bagi mereka yang menonton Psiko Pencuri Hati), namun Sein masih berjaya memberi kelainan dalam dua wataknya itu.

Pendek kata, Sein pada mulanya berjaya memancing perhatian penonton dengan sikapnya yang 'gentleman' tapi sebenarnya adalah ketua sindiket yang menjalankan perniagaan haram.

Tidak hanya menampilkan lakonan semata-mata, Khir turut menyelitkan beberapa lagu menarik yang dijadikan latar penceritaan dalam filem ini.

Istimewanya, Khir menjadi penyanyi untuk beberapa lagu yang dimainkan di dalam filem ini.

Tidak hanya menyelitkan lagu sekitar  1980-an dan 90-an, Khir juga turut memilih lagu yang segar seperti dari penyanyi Yuna, The Sixth Sense dan Jimmy Palikat.

Khir juga menunjukkan yang dia mampu menyanyi dengan baik dan untuk itu setiap lagu yang dinyanyikan Amir dalam Balada Pencinta sebenarnya alunan suara Khir sendiri.

Tidak ketinggalan, sebuah lagu baru, Terima Kasih Aishah yang dicipta dan dinyanyikan oleh Khir sendiri. Bagi penulis, bagi yang pertama kali mendengar, lagu ini cepat melekat di kepala dan hati apatah lagi ia adalah lagu yang meruntun jiwa.

Liriknya yang cukup puitis akan membuatkan anda ikut sama menyanyi sebaik lagu ini diulang semula.

Manakala dari sudut sinematografinya pula, tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana Khir cukup teliti dalam kerjanya.

Justeru, bagi anda yang ingin mengetahui apakah kesudahan cinta Amir dan Aisyah, jangan lupa untuk menonton karya penuh emosi ini di pawagam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan