Hans Isaac - Google Blog Search |
<b>Hans Isaac</b> serik di layar perak – Perak Today Posted: 18 Aug 2013 10:19 PM PDT NAMA Gerald Hans Isaac atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac, tidak perlu diperkenalkan secara lebih umum lagi. Mula membuka lembaran kerjaya seni sebagai pelakon menerusi filem, Ringgit Kasorga pada 1993, kebolehannya meletakkan Hans sebagai pelakon yang berpengalaman. Kemampuan Hans dalam bidang lakonan memberi peluang kepada jejaka kacak ini untuk terus membintangi filem lain termasuk, Amok, Scoop, Child's Play, Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, Pesona Non Grata, Buli Balik dan Langgar. Bukan sahaja aktif berlakon, bekas model ini juga turut terlibat dalam bidang pengarahan dan penerbitan tempatan menerusi syarikat produksinya, Tall Order Productions Sdn Bhd. Pada 2008, Hans mula mengasah bakatnya dalam bidang pengarahan menerusi filem, Cuci, yang menampilkan lakonannya bersama Awie, Datuk AC Mizal, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Berjaya mendapat kutipan sebanyak RM2 juta di sepanjang tempoh tayangan, Hans kini kembali mempertaruhkan karya terbarunya, Lemak Kampung Santan (LKS). Entah di mana silapnya, filem yang dipertaruhkan ini gagal mendapat sambutan menggalakkan di kalangan penonton walaupun promosi yang dilakukan tidak kurang hebat. Malah, filem yang menampilkan gandingannya bersama pelakon dan pengacara, Neelofa, ini difahamkan hanya mengutip RM100,000 selepas hampir dua minggu tayangan di seluruh pawagam. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini, ikuti temu bual Zass bersama Hans mengenai pandangannya terhadap filemnya dan industri tempatan. Boleh ulas sedikit mengenai filem terbaru anda? Filem terbaru saya, Lemak Kampung Santan, baru sahaja ditayangkan di pawagam pada 8 Ogos (1 Syawal) yang lalu. Namun, sambutan yang diterima daripada penonton kurang memuaskan. Namun, saya tak ambil tahu sangat mengenai kutipan sebenar. Saya boleh katakan, filem itu tidak berjaya mendapat sambutan menggalakkan dari penonton. Apakah penyebab filem itu gagal mendapat sambutan? Saya tidak merasakan sebarang penyebab di dalam perjalanan cerita dalam filem itu. Saya sememangnya berpuas hati dengan LKS namun, mungkin penonton belum bersedia untuk menonton kelainan menerusi filem itu. Mungkin juga kerana musim perayaan, penonton lebih selesa untuk berada di rumah dan meraikan Aidilfitri. Adakah anda kecewa dengan kegagalan filem ini? Saya tidak kecewa dengan LKS kerana saya sudah membuat yang terbaik. Namun, saya kecewa dengan proses dan peluang yang diberikan kepada filem saya berbanding filem lain yang ditayangkan secara serentak. LKS hanya diberikan slot tayangan di waktu 'suam' iaitu jam 11 pagi, 1 petang dan 7.15 malam. Apa yang saya perhatikan, ada waktu yang ditetapkan itu kurang bersesuaian di mana jam 7.15 malam merupakan waktu solat Maghrib. Jadi, sudah tentu, masyarakat Melayu tidak berpeluang menonton pada waktu itu. Itulah antara punca kegagalan sambutan daripada penonton sehingga memberi impak kepada LKS. Selain itu, saya juga kecewa dengan segelintir penggiat seni yang menghentam secara terang-terangan mengenai kemampuan filem saya berbanding filem mereka. Mengenai slot tayangan, adakah anda akan cuba mencari jalan penyelesaian? Sebenarnya, saya sudah pun mengadakan perbincangan bersama pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) mengenai perkara ini. Hasil daripada perbincangan itu, Finas sendiri telah menulis surat kepada pawagam-pawagam untuk memanjangkan lagi tarikh tayangan filem ini sehingga dua minggu lagi. Adakah anda yakin, LKS berjaya mendapat kutipan tinggi selepas tarikh tayangan dipanjangkan? Saya tidak meletakkan harapan tinggi dalam tempoh itu. Namun, sekurang-kurangnya saya mencuba mendapatkan peluang untuk memberi ruang kepada penonton untuk ke pawagam. Saya juga memilih untuk tidak mengeluarkan filem ini melalui format DVD ataupun Astro First. Saya akan memasarkannya menggunakan cara lain dan ianya masih dalam perancangan. Adakah anda merajuk? Sebenarnya, sebelum ini pernah ada di kalangan rakan penggiat seni yang menasihati saya untuk tidak menghasilkan filem bercorak seperti ini. Namun, saya tetap berkeras dan cuba menjadikan LKS sebagai 'penanda'. Tapi, ternyata perjuangan saya dalam industri sia-sia. Bukan sahaja merugikan, malah karya saya tidak berjaya menarik minat penonton. Industri sekarang semakin berubah dan saya sendiri akui, sejak kebelakangan ini, kutipan filem semakin merosot. Ramai di kalangan penggiat seni mula beralih arah dan enggan menanggung risiko besar untuk menduga selera penonton. Adakah anda akan mengikut jejak langkah rakan penggiat yang lain? Ya! Selepas ini, saya akan fokus kepada penerbitan teater pula. Saya merupakan antara penerbit yang terlibat dalam bidang filem dan teater. Setelah diteliti, saya rasa bidang teater lebih selamat dan tidak merugikan. Sebagai penerbit teater, kita sememangnya terlibat secara keseluruhan dalam pembikinan hingga pemasaran. Mungkin dalam tempoh lima hingga enam tahun, saya tidak akan menerbitkan filem lagi. Akhir sekali, pada pandangan anda, di manakah tahap industri filem kita sekarang? Sejak kebelakangan ini, industri kita kian mengalami kemerosotan dalam segi kutipan. Mungkin juga kerana budaya tontonan sudah semakin hilang ataupun golongan penonton lebih selesa menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan bahan. Perkara ini bukan sahaja berlaku pada karya saya, malah penggiat lain juga turut merasai perkara yang sama. Malah, di sepanjang tahun ini, tidak banyak filem yang berjaya mendapat kutipan yang menguntungkan. Sebagai pengeluar filem, kita tiada hak untuk memaksa penonton ke pawagam namun, apa yang pasti, bidang perfileman kini semakin getir dan penuh berisiko. - SINAR HARIAN |
myartis.com : 6 GAMBAR - <b>HANS ISAAC</b> LUPA HADIAH HARI <b>...</b> Posted: 12 Feb 2014 03:29 PM PST Tiada hadiah istimewa yang diberikan oleh Hans Isaac kepada Neelofa sempena hari lahir pelakon dan pengacara itu pada 10 Februari lalu. Mungkinkah Hans terlupa memberi hadiah atau dia sememangnya terlupa tarikh hari lahir Neelofa? Artikel terdahulu: Dan seperti biasa, Neelofa yang menyambut hari lahirnya di Pool Bar, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad lalu enggan bercerita lanjut tentang hadiah istimewa yang diperolehinya. Malah dia juga mengakui tidak mendapat sebarang hadiah daripada Hans Isaac. "Tiada. Saya tak dapat apa-apa yang istimewa pun daripada dia," ujar Neelofa dipetik sebagai berkata "Saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sambutan hari jadi seperti yang diadakan pada Ahad lalu. Maklumlah usia pun dah meningkat. Saya pun sudah berpesan kepada keluarga supaya tidak buat sebarang sambutan. "Sebelum menghadiri majlis tersebut, emak saya beritahu ia hanya makan malam untuk keluarga sahaja. Tak sangka mereka buat juga sambutan hari jadi dengan menjemput pihak media bersama-sama. Walau apa pun, saya hargai usaha mereka itu," tambahnya. Baca juga: ________________________ |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan