Alyah - Google Blog Search |
Ibnu Hasyim: Penyanyi <b>Alyah</b> Memuji Perundangan Islam Aceh.. Posted: 04 Feb 2014 08:21 PM PST PETALING JAYA: 'Istimewanya penduduk di wilayah itu juga bersopan apabila kebanyakan wanita Islam diwajibkan bertudung selain pemerintahnya mengamalkan undang-undang Islam termasuk merotan pasangan khalwat depan khalayak.' Demikian lapor mStar Online mengenai perjalanan sepanjang tiga hari berada di Aceh. Penyanyi Alyah dikatakan berasa insaf pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh, Indonesia dalam percutiannya ke negara itu minggu lalu. Perundangan sebat di Aceh, takde apa-apa. Undang-undang mendidik. Ini undang-undang rimba di negara membangun .. Zalim, nak membunuh bukan mendidik. Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, perasaan itu timbul selepas dia dibawa melawat ke Manggal Siron iaitu lokasi pengebumian 46,718 ribu mangsa yang terkorban dalam kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004. Alyah turut berpeluang melawat dua buah masjid yang terselamat daripada bencana Tsunami iaitu Masjid Baiturrahman serta Masjid Baiturrahim. Turut dikunjungi ialah Muzium Tsunami, Muzium Putroe Phang, serta Pulau Weh. "Ketika menunaikan solat di ruang solat kawasan perkuburan itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi kicauan burung yang menyebabkan hati saya benar-benar sayu memikirkan macam mana mangsa Tsunami itu berusaha untuk menyelamatkan diri sebelum mereka terbunuh," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Katanya, kesan bencana Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dapat dijadikan sebagai iktibar agar masyarakat lebih menghargai negara sendiri selain ia memperlihatkan kebesaran Allah. Katanya, kejadian bagaimana bot yang dibawa arus sehingga berada di atas bumbung rumah di Lampulo serta kapal jana kuasa yang beratnya 780 hanyut ke daratan adalah pengalaman luar biasa yang harus diteladani. "Saya kagum penduduk Aceh mampu bangkit membangunkan semula negeri mereka selepas kemusnahan. Malah, pengajaran yang kita dapat betapa Allah itu penyayang kerana Dia memberikan pula kesenangan dengan aktiviti pelancongan semakin bertambah selepas kejadian itu. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Bangsa Aceh Malaysia (PKBAM), Tgk Mansur Din (gambar sebelah), sewaktu ditemui oleh Weblog IH, mengalu-alukan lawatan artis-artis Malaysia datang ke Aceh. Katanya,"Di samping tuan-tuan boleh melawat kesan-kesan tsunami, Aceh juga berbangga hingga kini dapat meneruskan perlaksanaan perundangan Islam warisan dari Sultan-sultan Melayu Aceh di zaman keagungan silam seperti yang disebut oleh artis itu. "Kami mempelawa supaya ramai lagi artis-artis Malaysia melawat Aceh." Lihat sebelum ini.. |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan