Misha Omar - Google Blog Search |
<b>Misha Omar</b> Kahwin Tahun Ini Juga | Portal Hiburan OHBULAN! Posted: 04 Feb 2014 04:00 PM PST Akhirnya setelah lama menanti, penyanyi yang popular menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, Misha Omar akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih pilihan hati pada bulan Mei tahun ini. Seperti yang ramai sedia maklum, Misha dan bakal suaminya, Firos Ezzwan Rossly telah mengikat tali pertunangan selama dua tahun sejak bulan Februari 2012. Terdahulu, Misha menangguhkan perkahwinannya buat kali pertama pada tahun lepas kerana kesibukan kerjaya masing-masing dan kemudiannya membuat keputusan untuk bernikah pada bulan Februari 2014. Bagaimanapun Misha dan pasangannya sekali lagi terpaksa menunda hari bahagia mereka kerana bapa Misha meninggal dunia pada bulan November tahun lalu. Namun sekitar petang semalam, penyanyi kecil molek ini dilihat berkongsi sekeping foto di laman Instagram miliknya menyatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Manakala menerusi portal mStar Online, Misha dan Firos telah mengumumkan akan melangkah ke alam rumahtangga pada bulan Mei 2014 demi mengambil keberkatan bulan Rejab.
Menurut Misha lagi, majlis pernikahan dan resepsi mereka akan diadakan sekaligus di Kota Bharu secara sederhana. Malah hantarannya juga tidak akan dipenuhi dengan barangan berjenama mewah. Jika ditanya soal persediaan, pastinya pasangan ini telah lama bersedia untuk menjadi suami isteri memandangkan kedua-duanya kelihatan teruja sebaik sahaja sijil kursus pra perkahwinan mereka siap dikeluarkan. Apapun tahniah diucapkan kepada Misha dan Firos. Semoga rumahtangga yang bakal dibina sentiasa dilimpahi kebahagiaan. |
You are subscribed to email updates from Misha Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan