Jarang seorang wanita kembali kurus dengan cepat persis anak dara selepas melahirkan anak. Namun ia bukan masalah bagi pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson yang kini susuk tubuhnya tampak begitu kurus.

Diana Danielle kurus kerana anak
Apatah lagi, Diana, 23, kini sudah memotong rambut ke paras bahu. Apabila disoal, dia berkata perubahan ini disebabkan dia terlalu sibuk menjaga anaknya Muhammad selain banyak bersenam.

Muhammad, enam bulan, adalah hasil perkongsian hidup bersama pengarah dan pelakon, Farid Kamil Zahari, 33.

Sekalipun penat Diana akui keseronokan menjaga Muhammad tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

"Seronok dan menakjubkan sangat menjadi seorang ibu. Apatah lagi, Muhammad seorang anak yang aktif dan suka ketawa. Bahkan, perkembangannya juga berlaku dengan pantas.

"Pada usia 3 bulan lagi, Muhammad sudah mula hendak berdiri. Jadi, melihat pada perkembangannya memang buat saya sangat bahagia dan paling utama lebih menjadi seorang penyabar,"katanya.