Nuffnang

Rabu, 5 Februari 2014

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Foto (Hi-Res) : Majlis Resepsi <b>Farawahida</b> & Shukur | Portal Hiburan <b>...</b>

Posted: 05 Feb 2014 04:22 PM PST

Foto (Hi Res) : Majlis Resepsi Farawahida & Shukur

Semalam, bertempat di Dewan N'dah Catering Shah Alam, sekali lagi Farawahida, 28, dan suaminya, Abdul Shukur Mohd Zain, 29 telah diraikan dalam majlis resepsi yang dihadiri kira-kira 400 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan sahabat terdekat.

Seperti pasangan lain, Farawahida dan Abdul Shukur yang telah selamat diijabkabulkan pada Disember tahun lalu ini jelas kelihatan gembira dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Farawahida & Shukur Sah Suami Isteri

Ditanya mengenai kerjaya selepas berkahwin, Farawahida mengatakan bahawa suaminya tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan karier sebagai seorang penyanyi.

Foto (Hi Res) : Majlis Resepsi Farawahida & ShukurFarawahida dan Shukur memilih konsep bunga luruh di majlis resepsinya semalam

"Dia tahu siapa Fara, apa kerjaya Fara dan rasa cukup memadai bila dia boleh terima Fara. Bagaimanapun, Fara akan menjaga tatasusila sebagai seorang isteri dan juga jaga maruah suami. Fara cuba jadi isteri yang terbaik. InsyaAllah."

Abdul Shukur ketika ditemubual semalam turut menambah bahawa dia tidak akan mengenakan sebarang pantang larang atau syarat terhadap isterinya itu.

"Mana yang kurang saya akan tegur dan tidak akan mudah melatah apabila timbul isu negatif. Saya kena faham kerjaya dia. Untuk melarang atau mengongkong Fara bukan resipi hidup saya."

Pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama 8 tahun ini merancang ingin berbulan madu di Jepun, namun segalanya masih dalam perancangan.

Khas untuk pembaca setia OHBULAN!, disini kami kongsikan detik bahagia pasangan ini di majlis resepsi tersebut. Enjoice!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan