Nuffnang

Rabu, 5 Februari 2014

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Isteri Restu Awie & <b>Erra Fazira</b> &#39;Bercinta Semula&#39; | ROTIKAYA

Posted: 23 Jan 2014 04:18 PM PST

Penyanyi & pelakon, Awie lega apabila mendapat persetujuan daripada isterinya, Rozana Misbun, untuk 'bercinta semula' dengan Erra Fazira.

Namun hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal 'Suara Kita'. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri.

"Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya haru jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang"

"Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana," kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam.

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas 'mendapat restu' daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut.

"Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju. Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika tu saya belum lagi berjumpa dengan Erra"

#01 Isteri Restu Awie & Erra Fazira ‘Bercinta Semula’ - ROTIKAYA

"Sewaktu program saya, 'Tunggu Sekejap' pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni", jelasnya sambil diperhatikan oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan"

Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, pementasan selama 7 hari berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia dua dekad lalu iaitu 'Sembilu', 'Sembilu 2′, 'Tragedi Oktober', 'Maria Mariana 2′ dan 'Merah'.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan.

Dalam pada itu, Awie juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan semula babak-babak romantis sepertimana lakonanya dengan Erra di dalam filem Sembilu. Bahkan beliau bersedia menerima apa saja kritikan.

"Lakonan hanyalah lakonan dan kami profesional. Mungkin lakonan kami akan jadi lebih daripada yang pernah kami lakonkan sewaktu dalam filem dulu. Dan saya sedia menerima apa saja kritikan baik atau buruk"

"Konsert ni ada dua segmen. Pertama, kami bertiga akan mendedangkan lagu-lagu hit daripada album kami. Segmen kedua adalah teater muzikal. Kita ambil momen dan beberapa babak masterpiece dalam lima filem yang disebutkan dan kita pertontonkan semula pada peminat", jelasnya sekaligus memberitahu simbolik judul 'Suara Kita' itu bermaksud suara mereka bertiga yang optimis untuk mengembalikan semula nostalgia para penonton"

Menelan kos sebanyak RM1.4 juta, Konsert Teaterikal 'Suara Kita' diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd. Konsert ini juga mendapat sentuhan Eirma Fatima sebagai Pengarah Bersama, penerbit acara berkaliber Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi dan komposer hebat Edrie Hashim sebagai pengarah muzik.

Tambah menarik, konsert yang bakal berlangsung pada 3 hingga 9 Mac 2014 ini menerapkan tema elegan pada setiap inci persembahan, rekabentuk set di pentas dan paparan visual di skrin.

Untuk memeriahkan lagi suasana dan menghargai peminat Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, para penonton yang membeli tiket berharga RM399 dan RM499 layak untuk mendapat jemputan khas majlis jamuan dan ramah mesra bersama 3 dia tersebut pada hari terakhir pementasan, 9 Januari 2014, jam 9 malam. Maklumat lanjut mengenai tiket-tiket, boleh layari www.ticket2u.biz.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan