Nuffnang

Selasa, 4 Februari 2014

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Serik Dapat &#39;PA&#39; Kaki Penipu | MyArtis - Mynewshub.my

Posted: 10 Jan 2014 06:27 PM PST

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana sudah serik untuk menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA) selepas kejadian ditipu oleh individu yang dipercayainya itu.

Intan,33, berkata, sejak kejadian itu, dia lebih selesa untuk melakukan segala urusan berkaitan kerja secara sendirian kerana ingin mengelak timbulnya pelbagai masalah kemudian hari. "Buat masa ini biarlah saya uruskan sendiri kerjaya saya kerana sekarang saya masih lagi trauma dengan kejadian apabila pembantu peribadi saya sering menipu.

"Selama setahun pelbagai kejadian telah berlaku melibatkan wang tunai dan dia turut mengaitkan nama saya dalam pelbagai hal," katanya ketika ditemui pada pelancaran produk Lamera, di restoran Bonjour Garden, Kota Damansara, di sini, Jumaat.

Intan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian di mana beberapa artis termasuk Julia Ziegler dan Rita Rudaini yang ditipu oleh individu berkenaan baru-baru ini.

Intan berkata, dia juga menanggung malu apabila reputasinya sebagai artis terjejas apabila mangsa-mangsa yang ditipu oleh wanita itu akan mencari dan turut mengaitkan namanya.

"Selepas pelbagai kejadian penipuan yang melibatkan wang tunai berjumlah ribuan ringgit, saya terus menamatkan perkhidmatannya iaitu kira-kira September tahun lalu.

"Selepas itu, saya terkejut apabila ramai yang cuba hubungi saya untuk bertanyakan beberapa perkara berkaitan wang tunai termasuk beberapa mangsa artis lain iaitu Julia Ziegler dan Rita Rudaini menghubungi saya bertanyakan hal itu," katanya.

Tambah Intan, dia kini lebih berhati-hati dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terutamanya hal-hal yang berkaitan wang tunai.

Sementara itu, Intan yang melancarkan produk kesihatan miliknya Lamera menganggap ia sebagai salah satu langkahnya menceburi bidang perniagaan.

Katanya, produk minuman kesihatan itu merupakan bisnes perkongsian bersama kakaknya iaitu Intan Riyana dan ibu mereka, Wan Zurina.

"Produk ini merupakan salah satu langkah saya mengembangkan kerjaya dan pelaburan untuk masa hadapan.

"Kami sudah melakukan proses kajian selama setahun dan hasilnya sangat memuaskan," katanya.

Produk Lamera boleh didapati di stokis-stokis dan butik yang dilantik dengan harga RM149. - mStar Online

Anda mungkin juga meminati:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan