Nuffnang

Selasa, 4 Februari 2014

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Bersara Daripada Dunia Hiburan | - Beautifulnara

Posted: 24 Nov 2013 06:30 PM PST


Berita sedih buat peminat dunia hiburan amnya dan peminat pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad khususnya. Pelakon yang seringkali dikaitkan dengan kontroversi ini telah mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan tanah air. Drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" adalah drama terakhir lakonannya.

sharnaaz ahmad bersara

Keputusan mengejut ini diambil oleh Sharnaaz kerana terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi dunia hiburan. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai. Kata Sharnaaz:-

Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.

sharnaaz ahmad bersara

Pasti ada peminat wanita terutamanya yang kecewa dengan keputusan Sharnaaz ini. Namun Abang Nara respek dengan pendirian Sharnaaz yang mementingkan kebahagiaan walaupun rezekinya melimpah ruah di dalam bidang lakonan. Duit banyak tapi hati tak senang apa guna kan? Abang Nara serius terharu mendengar kata-kata Sharnaaz mengenai keputusannya ini:-

Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.

sharnaaz ahmad bersara

Kagum Abang Nara dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz Ahmad lebih-lebih lagi ketika namanya sedang meningkat naik. Bukan senang untuk membuat keputusan sebegini. Namun demi keluarga, ia adalah satu tindakan yang amat berbaloi pada pandangan Abang Nara. Semoga Sharnaaz akan terus maju jaya dalam bidang yang bakal diceburinya kelak. Sama-samalah kita doakan.

bbw

P.S: Segalanya lebih murah dari harga pasaran. Dan yang paling menarik, semuanya ORIGINAL dan BERJENAMA. Semua barangan ada…keperluan rambut, minyak wangi, handbag, alat solek dan segala macam lagilah..BestBuy-World memang BEST lah. Sungguh. Kalau tidak percaya, jom layari sendiri my.bestbuy-world.com dan LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk melihatnya sendiri.

Baca Yang Ini Pulak:-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan