Nuffnang

Jumaat, 14 Mac 2014

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


"Terlalu Banyak Penipuan dan Fitnah Dalam Video Itu" - <b>Lisdawati</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2014 05:20 PM PST

Masih lagi dengan isu pergaduhan dua selebriti popular tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati sehingga melibatkan campur tangan suaminya, Fauzi Nawawi.

Susulan kenyataan yang diluahkan oleh Sharnaaz Ahmad menerusi dalam video yang ditemubual oleh media Harian Metro, Lisdawati mendakwa terlalu banyak penipuan dan fitnah terhadapnya yang telah dikeluarkan oleh Sharnaaz Ahmad.

"Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga.

"Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.

"Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.

"Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda." tutur Lisdawati.

BACA: Fauzi Nawawi Enggan Mohon Maaf Pada Sharnaaz Ahmad

Justeru itu, Lisdawati yang bakal berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat ini meminta kepada Sharnaaz Ahmad untuk mengaturkan satu pertemuan demi menyelesaikan krisis yang mereka sedang hadapi bersama saksi-saksi yang dinyatakan.

Lisdawati juga berasa sebak apabila ditanya tentang pelbagai tohmohan dan hinaan yang diterimanya berikutan daripada kes ini. Namun, dia berkata bahawa dia telahpun memaafkan sesiapa yang berfikiran buruk terhadap dirinya dan suami.

OHMEDIA: ALAHAII.. HARAP-HARAP BOLEH SELESAI CARA BAIK, TAK PAYAH LA SAMPAI NAK SAMAN-SAMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan