Fauzi Nawawi - Google Blog Search |
<b>Fauzi Nawawi</b>: Buat Apa Saya Nak Minta Maaf? | ROTIKAYA Posted: 26 Feb 2014 02:23 AM PST Rakan rakan sekalian, kita semua bakal melihat pertembungan ego dua orang selebriti lelaki yang epik dalam beberapa hari mendatang ini jika tiada siapa yang mahu mengalah dan berdamai — seperti apa yang berlaku sekarang ini. Sharnaaz Ahmad dalam temubual bersama media awal hari semalam mendakwa yang Fauzi Nawawi menghantar SMS memanggil dirinya anjing kurap dan babi selain turut melibatkan ibunya dalam pertelingkahan mereka. BACA: Sharnaaz Ahmad Tuntut Lisdawati, Fauzi Nawai Minta Maaf Atau Berdepan Saman Fauzi Nawawi dalam kenyataan balas berkata beliau tidak akan tunduk dengan permintaan Sharnaaz Ahmad untuk beliau meminta maaf atas dakwaan mencaci dirinya dan keluarga beliau menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). "Buat apa saya nak minta maaf? Dalam SMS, perkataan 'ibu' saya gunakan, apa perasaan dia jika saya menengking ibunya? Itu sahaja. Kenapa dia nak putar belitkan SMS saya yang sudah jelas ingin bertanya pada dia sebab-sebab dia menengking Lisda?" Fauzi Nawawi juga berkata yang beliau bersedia untuk berhadapan dengan Sharnaaz Ahmad jika perkara ini dibawa ke muka pengadilan selain mendakwa pelakon itu terbawa bawa watak Jebat lakonannya dalam drama Bukan Aku Tak Cinta ke dunia nyata. (rtky/m) |
You are subscribed to email updates from Fauzi Nawawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan