Nuffnang

Rabu, 12 Mac 2014

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


Aksi Mawi, <b>Hazama</b>, Shahir, Rahim Dan Eravengers Di ISTAF <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2014 06:30 PM PST

Sempena dengan Kejohanan Sepak Takraw ISTAF SuperSeries Finals 2013/2014 di Stadium Tertutup Titiwangsa, beberapa orang Selebriti terkenal tanah air turut sama memeriahkan kejohanan Sepak Takraw ini. Antara Selebriti yang hadir untuk kejohanan Selebriti Takraw ISTAF ini ialah Mawi AF, Hazama AF, Shahir AF, Rahim Sepahtu, Yassin, Zahid AF, Adi Fashla, Ray EraFM, Aril AF, Hanif EraFM dan juga seorang wakil pemain Sepak Takraw Wanita Malaysia yang dikenali sebagai Adik.
Untuk kejohanan Selebriti Takraw ISTAF kali ini, dua kumpulan akan berentap untuk merebut Piala Selebriti ISTAF. Mawi yang menjadi Ketua Pasukan Tatatertib, mempunyai pemain hebat seperti Rahim Sepahtu, Hazama, Yassin dan juga Shahir AF. Mereka mendapat latihan intensif dari Jurulatih Takraw Professional selama lebih sebulan sebelum perlawanan.
Pasukan ERAvengers pula di ketuai oleh Ray EraFM dan di anggotai oleh Adi Fashla, Zahid AF, Aril AF dan Adik (pemain sepaktakraw Malaysia) Mereka juga punyai latihan yang teratur oleh Jurulatih Takraw Professional.




Perlawanan diantara kedua pasukan ini berlangsung pada jam 6.00 petang dan di saksikan lebih dari 5 ribu penonton di dalam Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aksi Sepak Takraw mereka memang di luar dugaan. Tengok sahaja aksi Hazama sebagai killer pasukan Tatatertib, membuat libasan yang hebat. Aksi Tekong Mawi tidak kurang hebatnya. Begitu juga Rahim yang sememangnya pandai dalam menimbang bola takraw.
Pasukan ERAvangers juga memang tidak terkalah dalam aksi mereka. Ray sebagai Tekong, Adi sebagai Killer dan Zahid sebagai Apit Kanan memang mencuit hati penonton. Mereka memang pandai bermain Sepak Takraw dan mampu untuk bermain di peringkat antarabangsa.
Tamat permainan Selebriti Sepak Takraw ISTAF 2014, nampaknya Piala Selebriti ISTAF Sepak Takraw ini di kongsi bersama antara pasukan Tatatertib dan juga ERAvengers. 
Memandangkan sambutan dan kemeriahan sambutan yang di perolehi, mungkin mereka akan mengadakan beberapa lagi siri perlawanan Sepak Takraw Selebriti pada masa akan datang. Selebriti Mawi, Hazama, Shahir, Rahim, Yassin, Ray, Adi, Aril, Zahid dan Hanif juga menyuarakan harapan mereka supaya rakyat Malaysia terus menyokong sukan Sepak Takraw Malaysia yang sememangnya sudah lama menjadi ikon kita Orang Melayu di Bumi Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Komen