Nuffnang

Rabu, 12 Mac 2014

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Noh Salleh Berhenti Menyanyi? | MummyNemo

Posted: 11 Mar 2014 08:19 PM PDT

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

Baru-baru ini, isteri Noh salleh, Mizz Nina tampil memberikan kenyataan yang dia mahu berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Kini, Noh pula memberitahu dia berkemungkinan akan berhenti melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan muzik. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Noh ketika sidang media prebiu single terbarunya berjudul 'Angin Kencang'pada Selasa.

"Saya pernah fikirkan mengenai perkara yang sama (berhenti menyanyi). Nina juga seakan-akan pernah memberikan 'hint' untuk saya berhenti. Namun begitu, dia faham situasi saya dan saya pun faham apa yang dia maksudkan," ujar penyanyi lagu 'In Love With You' bersama Aizat Amdan ini.

Biarpun begitu, vokalis kumpulan Hujan ini mengakui bukan mudah untuk dia berbuat demikian kerana sudah melibatkan diri dalam dunia muzik hampir 10 tahun.

"Saya sudah melibatkan diri dalam muzik hampir 10 tahun, perkara ini sudah menjadi kemahiran dan passion saya. Jadi, apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah memperlahankan aktiviti muzik," ujar Noh menafikan Mizz Nina mendesak dirinya untuk terus berhenti melibatkan diri dalam bidang muzik.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

"Nina tidak pernah desak saya untuk terus berhenti. Mengenai keputusan dia untuk berhenti menyanyi, saya sokong. Apa-apa keputusan yang dia lakukan, saya akan memberikan sokongan penuh. Dia telah menunjukkan tanda-tanda tidak mahu terlibat dalam bidang nyanyian, jadi saya hormat dengan pendirian Nina," ulas Noh lagi.

Selepas lapan tahun bersama kumpulan Hujan, Noh bakal muncul bersama album solonya sendiri. Mengandungi lima buah lagu, inspirasi Noh untuk menghasilkan album ini adalah datang daripada isterinya.

"Nina menjadi inspirasi utama saya. Di samping itu, perjalanan yang saya tempuhi bersama kumpulan Hujan juga menjadi salah satu pengaruh. Nina sudah mendengarkan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album. Dia sukakan lagu-lagu tersebut. Dia juga berada di sisi saya sepanjang pembikinan album ini," ujar Noh mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan