Liyana Jasmay - Google Blog Search |
<b>Liyana Jasmay</b> Masih Rahsiakan Jantina Anak | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 04:00 PM PST '+ ' Subject: Message: Isu & Kontroversi Sudah pasti pengalaman semasa bergelar ibu mengandung akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap wanita. Begitu juga dengan pelakon genit, Liyana Jasmay yang jelas kelihatan seronok dan tidak sabar untuk melahirkan anak sulungnya ini. Artikel Berkaitan: Liyana ketika ditemubual di sidang media pelancaran single 'Bangun' semalam bagaimanapun masih mahu merahsiakan jantina sebenar anaknya. Namun, pelakon berusia 26 tahun itu memberitahu bahawa ahli keluarganya memanggil bayi tersebut dengan nama manja, 'Sofi'.
Liyana turut menambah bahawa kandungannya yang sudah pun mencecah usia 27 minggu itu telah menyebabkan berat badannya meningkat sebanyak 8 kilogram.
Berat badan Liyana sudah meningkat sebanyak 8 kilogram Ditanya mengenai persiapan barangan bayi, Liyana mengatakan bahawa kebanyakan barangan tersebut dibeli menerusi butik barangan bayi online antarabangsa seperti 'Mothercare' dan 'Medela'.
Liyana yang merancang untuk bersalin di hospital Prince Court ini juga berkongsi cerita mengenai hormonnya yang tidak stabil semenjak bergelar ibu mengandung.
Selain itu, Liyana turut merancang untuk membuat satu lagu khas untuk bayinya apabila sudah mencecah usia 4 atau 5 tahun kelak. Dalam pada itu, Liyana yang ketika ini sedang berehat sebentar daripada bidang lakonan memberitahu bahawa dia kini baru sahaja selesai membuat rakaman sebuah lagu tema berjudul 'Ride'. Apakata kita lihat sebentar koleksi foto Liyana Jasmay yang comel ini! |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan