Nuffnang

Rabu, 16 April 2014

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


[ Hiburan ] Bukti Zizan Razak lebih popular daripada <b>Aaron Aziz</b> <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2014 11:21 PM PDT

Walaupun tidak lekang dihimpit kontroversi, pelawak yang dilahirkan daripada program realiti televisyen, Zizan Razak nampaknya terus menempa nama dalam industri hiburan tanah air.
Buktinya, bukan sahaja menerima tawaran tidak henti untuk menjadi pengacara rancangan, malah jejaka yang berasal dari Terengganu ini juga aktif dalam bidang lakonan.
Antara lakonannya yang terkesan di hati penonton sudah pastilah dalam filem KL Gangster apabila Zizan telah membawa watak sebagai samseng 'wanna-be'.
Walaupun sekadar menjadi pelakon pembantu dalam filem tersebut, Zizan dilihat berjaya membawa watak itu dengan baik apabila gelagat lucu Abang Long Fadil seringkali meniti di bibir peminat.

Memanfaatkan peluang yang ada, pengarah muda yang sedang meningkat naik, Syafiq Yusof telah membawa watak Abang Long Fadil ke dalam bentuk filem pula.

Filem yang bergenre komedi aksi ini membawa kesinambungan daripada kisah KL Gangster apabila sahabat baik Abang Long Fadil, Malik (lakonan Aaron Aziz) telah ditahan dalam penjara.

Berbeza sedikit daripada kisah KL Gangster yang lebih serius, filem ini mengisahkan tentang Abang Long Fadil yang mahu menjadi samseng sehebat Malik dan Shark (lakonan Syamsul Yusof).

Bagaimanapun, di sebalik keseronokan menunggu tarikh tayangan filem ini, timbul pula desas-desus yang mendakwa Zizan kini dilihat lebih popular daripada Aaron.

Mana taknya, dengan hanya membawa watak kelakar, Zizan mampu mendominasi cerita dan kini muncul dalam filem spin-off pula.

Sementara itu, Aaron Aziz dan beberapa orang pelakon hebat lain seperti Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Kamal Adli dan Tauke Raja Lawak pula tampil sebagai watak pembantu.

Tercalon dalam 5 kategori untuk ABPBH kali ini, OHBULAN! tidak terkejut jika Anugerah Bintang Paling Popular akan berjaya dirangkul oleh Zizan pula kali ini.

Namun, bagaimana pula dengan pendapat para pembaca sekalian? Apapun, jangan lupa untuk menonton filem Abang Long Fadil yang bakal berada di pawagam pada 29 Mei depan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan