Nuffnang

Rabu, 16 April 2014

kumpulan Sofaz - Google Blog Search

kumpulan Sofaz - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan Sofaz</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Apr 2014 07:22 AM PDT


putus tunang punca aremeer, vokalis <b>kumpulan sofaz</b> kurus

Posted: 18 Mar 2012 07:37 AM PDT

Mencari Peluang Kerja Dari Rumah
"Peluang Bekerja Di AUSTRALIA Gaji Lumayan"..KLIK SINI..

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Sofazr, Aremeer mengakui pertunangannya yang terputus sebelum ini telah meninggalkan impak besar sehingga membuatkan fizikalnya semakin kurus.

Penyanyi lagu Dan Bila Esok itu berkata, walaupun dia pernah memberitahu dia mahu menurunkan berat badan demi stamina sebagai penyanyi, Aremeer tidak menolak kekecewaannya akibat putus tunang turut memberikan perubahan drastik pada fizikalnya.

"Seperti yang pernah saya beritahu, saya memang mengamalkan diet untuk turunkan berat badan daripada 74 kilogram kepada 59 kilogram kini.

"Tapi saya tidak nafikan perasaan kecewa kerana putus tunang turut memberikan kesan pada kehidupan saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai pengganti, Aremeer berkata, susulan insiden itu, dia lebih selesa untuk bersendirian dan menyerahkan urusan jodoh kepada Tuhan, sebagaimana yang dinasihatkan ibunya.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

"Saya masih kekal solo dan belum berpunya sehingga kini. Ibu nasihatkan saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari teman wanita, biarkan saja dia datang sendiri.

"Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan saya tidak terlalu memikirkan mengenai soal teman wanita," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Aremeer berkata kumpulan itu bakal kembali aktif pada tahun ini dengan lagu 'single' dan filem terbaru yang menunggu slot tayangan.

"Kami akan muncul dengan lagu 'single' terbaru hasil kolaborasi dengan KRU Studios. Ia berada di dalam peringkat perbincangan dan akan diputarkan pada tahun ini juga.

"Selain itu, filem pertama lakonan dan terbitan syarikat kami berjudul Sofazr The Movie: Jiwa Kacau juga akan ditayangkan pada tahun ini juga," katanya yang bakal terlibat bersama Sofazr dalam program Versus di TV9.

Selain Sofazr, Versusakan mementaskan empat lagi kumpulan muzik iaitu Hujan, Sixth Sense, Go Gerila (gabungan Aizat Amdan dan Amir Jahari) dan Black Parallax (gabungan Black dan Meet Uncle Hussain).

Ia akan disiarkan bermula 13 April depan selama lapan minggu, pada setiap Jumaat pukul 9.30 malam di TV9 dan stesen radio Hot FM.

Transformasi Glam: Aliff sering dihambat kontroversi – Perak Today

Posted: 13 Apr 2014 04:49 AM PDT

alif

Sejak kecil, Aliff Aziz menunjukkan minat dalam bidang seni suara apabila sering menyertai pertandingan nyanyian. Bagaimanapun pada 2007, Aliff nekad menyertai pertandingan realiti Anugerah anjuran MediaCorp ketika usia 16 tahun.

Perjalanan seninya tidak mudah. Dia tersingkir dari pertandingan namun nasib menyebelahinya apabila diserap kembali.

Peluang kedua itu nyata memberi tuah buatnya. Walaupun menjadi peserta termuda, vokal dan persembahan bertenaga membuatkan Aliff dinobatkan sebagai juara.

Pada tahun sama, dia menghasilkan album pertama, Aliff dan cuba mempromosi produknya ke Malaysia.

Lagu Sayang-Sayang ciptaan Panji (anggota kumpulan Sofaz) membuka lembaran baru buatnya apabila dikenali di sini dan menjadi artis Sony BMG Music Entertainment.

Untuk rakaman albumnya, Alif menjalani latihan vokal bersama Juliza Adzlizan.

Aliff kecewa apabila tidak menerima satu sen pun daripada hasil jualan nada dering lagu popularnya Sayang Sayang yang dikatakan berjaya mencatat jualan 1.3 juta muat turun.

Dirinya mula dihambat kontroversi apabila gambarnya berkucup dengan wanita tersebar di Internet. Mengakui itu adalah gambarnya, dia dengan rendah diri memohon maaf dan berjanji tidak mengulanginya lagi.

Dia dikatakan disisihkan keluarga kerana insiden memalukan itu, namun Aliff menafikan khabar angin itu.

Tidak terhenti di situ, Aliff sekali lagi terpalit kontroversi. Kali ini dengan pelakon seksi, Zarina Anjoulie 'meroyan' di laman Twitter mengaitkan nama Aliff didakwa menipunya dan mengatakan menyimpan video rakaman Aliff mabuk. Kali ini Aliff mengambil pendekatan berdiam diri.

Awal 2012, Aliff dan pelakon comel, Anne Ngasri mula rapat selepas sama-sama berlakon dalam drama Cinta Kita dan merancang untuk berkahwin.

Hubungan mereka tidak kekal lama apabila Anne berkahwin dengan ahli politik, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Aliff juga dikaitkan dengan Adira Suhaimi apabila memakai cincin sama, tetapi masing-masing mengaku berkawan rapat.

Awal tahun lalu, Aliff dikatakan 'lalok' dan sering datang lewat ke lokasi penggambaran dan tidak menjawab panggilan telefon.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku itu, dihimpit kontroversi baru-baru ini apabila gambar mesranya dengan wanita dikenali sebagai Shazleen tersebar.

-Metro

<b>Kumpulan Sofaz</b> Tukar Nama &#39;Sofazr&#39; | Lulu pages

Posted: 13 Dec 2010 09:09 PM PST


Selepas tujuh tahun menggunakan nama Sofaz, kumpulan yang dianggotai oleh enam anak muda ini tampil dengan nama baru iaitu Sofazr bersempena dengan kemunculan album terbaru mereka, Maaf Dari Hati Mohd Atlas.

Menurut gitaris kumpulan itu Zimi, selepas kontrak mereka selama tujuh tahun di bawah label Suria Records berakhir baru-baru ini, kumpulan yang dianggotai oleh Aremeer (vokalis), Zimi (gitar kedua), Shah ( gitar utama), Wan (dram), Fairuz (bass) dan Rodie (keyboard) itu menganggap sudah tiba masanya untuk mereka berdikari dan menguruskan kerjaya seni di bawah label sendiri.
Justeru, penjenamaan semula kumpulan itu disifatkan bertepatan pada waktunya bagi meraikan kemunculan terbaru mereka di bawah label Global Records.

"Keputusan untuk tampil dengan nama baru ini dibuat atas persetujuan semua ahli kumpulan. Seperti yang semua sedia maklum, nama Sofaz diilhamkan hasil gabungan huruf pertama nama setiap ahli kumpulan kami.
"Sebenarnya, sudah lama kami ingin mengubah nama kumpulan ini kepada Sofazr kerana sejak album kedua lagi pemain keyboard iaitu Rodie sudah menyertai kami.

"Namun, ketika itu kami masih mempunyai kontrak bersama Suria Records. Bagi mengelakkan kekeliruan, kami kekalkan nama kumpulan ini sehinggalah kontrak tamat baru-baru ini.

"Memandangkan kini kami mula bergerak sendiri di bawah label baru, keputusan untuk menggunakan nama baru ini adalah tepat pada masanya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran album tersebut di Saloma Bistro, Kuala Lumpur, Isnin.
Album yang menelan kos penerbitan sebanyak RM50,000 itu diterbitkan oleh anggota Sofazr sendiri bersama seorang lagi rakan niaga mereka.

Memuatkan sepuluh lagu baru antaranya Terasa Di Syurga, Jiwa Kacau, Kenapa Aku Mencintaimu dan Maaf Dari Hati, kesemua lagu dalam album kelima ini dihasilkan sepenuhnya oleh anggota kumpulan itu dengan menggunakan nama pena Mohd Atlas yang turut dipilih sebagai simbolik kepada judul album itu.

Album yang masih mengekalkan genre pop dan rock moden itu bakal berada di pasaran pada akhir Disember ini.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan