Nuffnang

Rabu, 16 April 2014

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


Tragedi MH370 : Persembahan Forteen & <b>Maya Karin</b> <b>...</b> - Gua.com.my

Posted: 26 Mar 2014 01:21 PM PDT

Bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370, KRU Music Sdn Bhd mengambil inisiatif untuk menunda persembahan konsert artis di bawah naungannya, Forteen yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, 29 Mac 2014. 

Menurut Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif, KRU Music, konsert 'KITA 20FORTEEN' yang bakal berlangsung di KL Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail ini akan ditunda kepada tarikh 26 April 2014 sebagai menghormati ahli keluarga mangsa serta seluruh rakyat Malaysia yang masih bersedih dengan insiden tersebut.

"Kami amat bersimpati dan bersedih dengan kejadian yang menimpa penumpang dan anak-anak kapal MH370. Justeru itu, kami merasakan adalah tidak wajar untuk meneruskan konsert KITA 20FORTEEN yang dijadualkan pada 29hb Mac 2014, lebih-lebih lagi di saat kita masih lagi dalam keadaan berduka. Harapan kami masih berterusan bersama yang lain agar usaha pencarian yang sedang giat dilakukan akan berjaya," ujar Norman.

Forteen yang kini sedang giat berlatih untuk menjayakan konsert pertama mereka juga redha dengan keputusan yang diambil. Mereka turut melahirkan rasa simpati kepada penumpang, anak-anak kapal MH370 serta keluarga mangsa yang terlibat dan berharap agar semua tabah dan sentiasa berdoa yang terbaik.

"Kami berasa tidak sedap hati untuk meneruskan persembahan ini di saat seluruh masyarakat Malaysia masih bersedih dengan insiden yang berlaku. Kami bersetuju dengan penundaan ini dan di sini kami juga ingin meminta maaf kepada semua peminat sekiranya penundaan ini telah menimbulkan sebarang permasalahan disebabkan ada di antara mereka yang telah melakukan perancangan awal bagi menghadiri konsert kami terutama kepada peminat kami di luar dari Kuala Lumpur," jelas Ariz mewakili rakan Forteen yang lain.  

Kepada orang ramai yang telah membeli tiket Konsert KITA 20FORTEEN  yang bertarikh  29hb Mac 2014 mereka masih boleh menggunakan tiket tersebut pada 26hb April 2014 dan kepada mereka yang ingin memulangkan tiket yang telah dibeli sebarang pertanyaan boleh diajukan ke enquiries@unitedstudios.net.

Sementara itu, penyanyi serta pelakon Maya Karin juga turut mengambil langkah yang sama dengan menunda majlis pelancaran album serta persembahan 'Teka-Teki' Maya Karin yang bakal diadakan di No Black Tie. Persembahan tersebut sepatutnya dijadualkan pada 25 Mac 2014 namun ditunda ke 1 April ini.

Namun, setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan MH370 berakhir di Lautan Hindi, Maya Karin sekali lagi menunda persembahannya kepada tarikh 18 April 2014. Hal ini adalah kerana rasa simpati Maya Karin dan menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat dengan tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370.

"Saya berasa amat sedih di atas berita yang menimpa pesawat MH370 yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini. Saya rasa amat simpati sekali lagi dan berharap agar kita terus berdoa untuk penumpang dan anak-anak kapal MH370," kata Maya Karin.

Terdahulu, penyanyi popular, Anuar Zain turut mengambil keputusan yang sama dengan menunda persembahan istimewa 'Minggu Setiausaha Terindah... Anuar Zain' yang sepatutnya berlangsung pada 8 April 2014 kepada 29 April depan di Hotel One World, Damansara.

Konsert Twin Towers @ Live 2014 yang sepatutnya berlangsung pada 28 dan 29 Mac iaitu Jumaat dan Sabtu ini juga turut dibatalkan sebagai menghormati insiden kehilangan pesawat MH370. Konsert tersebut menampilkan bintang-bintang antarabangsa seperti Christina Aguilera, Craig David, Lifehouse serta penyanyi K-Pop, Rain.

Meskipun kebanyakan persembahan dibatalkan atau ditangguhkan, namun dua konsert di Istana Budaya masih tetap akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Penyanyi Indonesia, Afgan bakal menghiburkan peminat menerusi konsert 'Afgan Live To Love' pada 28 Mac ini manakala Konsert Pesona Cinta Dayang Nurfaizah & Marcell pula pada berlangsung pada 29 Mac ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan