Misha Omar - Google Blog Search |
<b>Misha Omar</b> Lega Persiapan Kahwin Lancar - Gua.com.my Posted: 05 Apr 2014 10:35 AM PDT "Memang betullah apa yang orang kata, kalau masanya memang sudah sampai, semua urusan kita akan dipermudahkan. Persiapan majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancar biarpun dilakukan dalam masa yang singkat iaitu kira-kira tiga bulan sahaja. Berbanding ketika kami merancang untuk adakan pada bulan Februari dahulu, ada sahaja masalah atau halangan yang timbul," ulas Misha Omar mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 2 Mei hadapan. Menurut tunangan Firos Ezzwan Rossly ini lagi, dia tidak mendambakan sebuah perkahwinan gilang-gemilang, sebaliknya mahukan sebuah majlis sederhana yang dihadiri oleh saudara mara serta teman-teman rapat sahaja. "Bagi saya cukuplah sebuah majlis yang sederhana. Saya mahu tetamu yang hadir nanti adalah wajah-wajah yang saya kenali. Sebab itu jemputan saya nanti tidak ramai, iaitu kira-kira 500 orang sahaja. Bolehlah katakan ia sebuah majlis yang penuh intimasi. Majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan pada hari yang sama di Hotel Renaissance, Kota Bahru, Kelantan. Akad nikah di sebelah pagi, resepsi di sebelah malam. Sementara itu, pihak media juga sempat bertanyakan tentang perasaan Firos menjelang hari pernikahannya itu. Menurut juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) ini, dia memang merasakan debarannya, tetapi sudah bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan. "Kami berkawan sudah lama, jadi saya memang sudah bersedia untuk bergelar suami kepada Misha. Bagaimanapun, debaran untuk melalui saat-saat disatukan itu memang ada. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan baik nanti," ujar Firos ringkas. Fakta majlis perkahwinan Misha & Firos Tarikh majlis : 2 Mei 2014. Akad nikah di sebelah pagi, resepsi di sebelah malam. Lokasi : Hotel Renaissance Kota Bahru, Kelantan. Wali : Mohd Rose Bin Omar (abang Misha) Mas kahwin : Seutas gelang emas Busana akad nikah & resepsi Syaiful Baharim Busana memotong kek perkahwinan : Michael Ong Solekan : Chott & Cicie menggunakan produk Shiseido Jurugambar & video rasmi : wearethejoezakaria Vendor majlis nikah & resepsi : Nurza Wedding House, Kota Bharu, Kelantan |
You are subscribed to email updates from Misha Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan