Nuffnang

Ahad, 27 April 2014

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


<b>Akim</b> Akhirnya Mengakui Cintakan Stacy | MummyNemo

Posted: 26 Apr 2014 07:21 PM PDT

Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah Adira untuk dapatkan kulit CANTIK & PUTIH? Dapatkan disini
Mencari Peluang Kerja Dari Rumah

STAYC AKIM"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami." Akim berkata demikian tanpa mahu berselindung lagi tatkala ditanya hubungannya bersama rakan artis Stacy, yang selama ini sering dijadikan bahan publisiti.

Barangkali sudah bosan cuba menutup perhubungan yang sudah lama dihidu ramai itu, Akim membuktikan kematangannya yang sedia bertanggungjawab di atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Pengakuan Akim sekali gus menghapuskan teka-teki peminat yang keliru dengan perhubungannya bersama Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam selama ini. Umum juga tahu, walaupun sama-sama lahir dari pentas Akademi Fantasia, sama muda dan sama popular, Akim dan Stacy mengambil cabaran besar apabila mereka serius mahu menyatu jiwa walaupun jauh berbeza keturunan dan agama.

"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.

"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap," kata Akim

Stacy yang popular dengan lagu Bosan juga pernah mengakui mindanya semakin terbuka tentang Islam namun, untuk bercerita tentang keseriusan menukar agama dan berkahwin, dia juga sedar masih terlalu awal perkara sensitif itu dibawa masuk mengisi publisiti.

Stacy kini masih menganut agama Kristian, namun itu bukan penghalang untuk Akim membawa hubungan mereka berdua ke fasa yang lebih serius.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
"Mencari Peluang Bisnes Dari Rumah Dengan Modal Kecil? Klik Sini"

Kata Akim, dia tidak kisah tentang status agama seseorang itu kerana Islam tidak pernah menghalang berkawan dengan insan berlainan agama.

"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.

"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga," jelas Akim yang begitu tertarik dengan sifat penyayang yang dimiliki Stacy.

Mengulas mengenai sifat penyayang ibu angkat kepada Bella De Luna Velentine itu, Akim memberitahu sifat itulah yang membuatkan dia semakin jatuh cinta terhadap Stacy.

"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," jelas Akim belum menetapkan sebarang tempoh untuk menamatkan zaman bujang bersama Stacy.

Bercakap tentang perkembangan nyanyiannya, Akim baru sahaja merakamkan single berjudul Mewangi. Selain itu, dia juga sedang sibuk dengan beberapa penggambaran drama yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

"Saya baru sahaja masuk studio untuk merakamkan sebuah lagu baharu. Insya-Allah akhir tahun ini saya bakal melancarkan album terbaharu saya.

"Malah, saya juga sibuk dengan penggambaran drama bersiri OMG dan Kampung Girl Raya yang bakal ditayangkan di TV3," katanya yang semakin aktif menceburi bidang lakonan.

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan