Jamal Abdillah - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - Dato' <b>Jamal Abdillah</b> Mahu Bersara - Gua.com.my Posted: 22 Apr 2014 01:23 AM PDT Raja Pop Malaysia, Dato' Jamal Abdillah mengejutkan ramai pihak apabila melahirkan hasrat untuk bersara daripada bidang muzik setelah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air. Pelantun lagu 'Gadis Melayu' ini berkata demikian ketika membuat persembahan bersempena Minggu Setiausaha Antarabangsa Dato' Jamal Abdillah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa. "Saya masih lagi mempertimbangkan niat saya untuk bersara. Dalam pada usia begini, saya rasa menyanyi itu kadang-kadang sangat meletihkan. Tidak dinafikan, hidup serta mati saya kerana seni dan muzik, namun seperti yang saya katakan tadi, atas dasar keletihan, saya mahu memperlahankan kerjaya saya," tutur Dato' Jamal kepada GUA. |
BERITA ARTIS - Kerana Penat Dato' <b>Jamal Abdillah</b> Mahu Henti <b>...</b> Posted: 22 Apr 2014 08:46 PM PDT Setelah berkecimpung selama tiga dekad dalam industri seni tanah air, penyanyi terkenal Dato' Jamal Abdillah akhirnya menyuarakan hasrat untuk bersara daripada bidang nyanyian. Menurut penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop Malaysia ini, dia masih lagi mempertimbangkan perkara tersebut dan memberitahu meletakkan sasaran umur 60 tahun untuk melaksanakan hasratnya itu. "Hasrat untuk bersara timbul selepas saya menerima terlalu banyak tawaran persembahan sejak akhir-akhir ini. Bayangkan bulan ini saja, saya ada empat persembahan bersempena Minggu Setiausaha manakala bulan Mei pula saya sibuk dengan persembahan Hari Ibu. Ini belum termasuk lagi dengan persembahan pada hujung minggu. Saya letih untuk memikirkan tentang konsep persembahan, baju serta sebagainya dan atas dasar itu, saya berhasrat untuk bersara daripada bidang ini. Memang saya sayangkan industri seni serta muzik lebih-lebih lagi ia agak sukar untuk dikikis dalam jiwa saya. Sebab itu saya masih mempertimbangkan hasrat saya dan belum ada kata putus lagi," ujar Dato' Jamal ketika ditemui selepas selesai persembahan Minggu Setiausaha Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa. "Niat untuk bersara dah lama dan mungkin ramai yang tak tahu saya sendiri memang sudah semakin mengurangkan aktiviti seni. Saya kini hanya memilih persembahan pentas tertentu sahaja dan jarang muncul untuk program televisyen. Walau bagaimanapun, sebelum saya meneruskan hasrat untuk bersara, saya nak dapatkan dulu maklum balas daripada peminat, tengok berapa ramai yang setuju dan tidak setuju mengenai hasrat ini. Kemudian baru boleh saya buat keputusan dengan tepat. Mungkin saya akan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi jika orang masih mahu saya terus berkhidmat," luah pelantun lagu 'Azura' ini sambil memberitahu sudah tiba masanya dia menghiburkan hatinya pula. "Saya asyik menghiburkan orang sedangkan saya sendiri memendam rasa. Hidup dan diri saya tak dihiburkan, jadi sebab itulah saya nak bersara sebab nak berehat dan juga nak menghiburkan hati sendiri. Apapun, saya masih belum ada kata putus lagi, tapi niat di hati memang ada. Buat masa ini, saya akan memperlahankan kerjaya saya dan mengurangkan persembahan pentas. Namun, album akan diteruskan kerana saya dianugerahkan oleh Tuhan bakat nyanyian dan memang kerja saya untuk menghiburkan hati orang," ujar penyanyi lagu 'Aku Penghibur' ini mengakhiri perbualan. |
You are subscribed to email updates from Jamal Abdillah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan