Lisdawati - Google Blog Search |
Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Selepas <b>Lisdawati</b> Bersalin | Oh <b>...</b> Posted: 23 Apr 2014 11:17 PM PDT Tidak selesai lagi isu pergaduhan antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati yang pernah menjadi kecoh tidak lama dulu. Kini Sharnaaz memberi tahu bahawa dia ingin bersemuka dan menyelesaikan isu pertengkarannya dengan dengan aktres yang sarat mengandung itu selepas Lisdawati selemat bersalin tidak lama lagi. Menurut Sharnaaz, 29, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang sarat mengandung anak ketiga itu.
Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan. Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan. OHMEDIA: SEELOKNYA PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN CARA BAIK. TIDAK PERLU DIPANJANGKAN. |
Sharnaaz Enngan Mati Tak Bertutup Mata Kerana <b>Lisdawati</b> <b>...</b> Posted: 23 Apr 2014 07:45 PM PDT Pelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. "Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat. "Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, di sini, malam Selasa lalu. Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan. Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan. Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia enggan memanjangkan dan bercakap tentang perkara tersebut lagi. Sementara itu, pelakon Lisdawati yang dihubungi berkata, Sharnaaz tidak perlu menunggu sehingga dia bersalin untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Kata Lisda, banyak cara dan teknologi terkini yang membolehkan aktor itu menghubunginya jika benar-benar berniat untuk berbuat demikian. "Saya tidak mahu panjangkan hal ini jika dia tidak buka mulut lagi, tetapi kalau dia kata ingin berdamai tidak perlulah nak tunggu sampai saya bersalin. "Banyak cara kalau ingin berjumpa atau telefon sahaja kalau benar-benar ikhlas untuk bersemuka dan berdamai," katanya. Tambah Lisda, sebagai pelakon lebih senior dia lebih lama dalam industri dan pernah melalui pelbagai kontroversi lebih teruk daripada itu. Sementara itu, Lisda, dia tidak dapat hadir pada tayangan episod akhir drama tersebut berikutan keretanya mengalami kerosakan dan terpaksa dihantar ke bengkel. "Saya sudah siap-siap nak datang tetapi kereta pulak buat hal dan terpaksa ke bengkel untuk dibetulkan, pada mulanya memang saya ingin menonton bersama-sama dan bertemu peminat drama itu," katanya yang kini sarat mengandung lapan bulan. Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta mula disiarkan sejak 9 Disember lalu pada setiap Isnin hingga Rabu bermula pukul 10 malam di Astro Mustika (saluran 134). |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan