Nuffnang

Ahad, 27 April 2014

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


<b>Fauzi Nawawi</b> Terkejut, Di Tuduh Tak Bayar Sewa Pejabat 5 Bulan

Posted: 24 Apr 2014 07:24 PM PDT

Fauzi Nawawi Terkejut, Di Tuduh Tak Bayar Sewa Pejabat 5 Bulan | Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras selama lima bulan.
Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal.

"Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer. Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?," soalnya.

Fauzi berkata demikian mengulas gosip yang kedengaran menerusi sebuah akhbar menerusi ruangan pojok yang melaporkan Fauzi gagal membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang. Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon.

Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.

"Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan. Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru.

"Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah," ujarnya.

Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya.

"Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan...," selorohnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/04/25/fauzi-nawawi-hutang-pejabat/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan