Nuffnang

Ahad, 27 April 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


(TAHNIAH)<b>Fizz Fairuz</b> & Almy Nadia Kini Suami Isteri | - Beautifulnara

Posted: 26 Apr 2014 07:04 AM PDT


Setelah mengharungi pelbagai rintangan dalam percintaan, akhirnya kira-kira jam 6 petang hari ini (26 April Sabtu), Fizz Fairuz dan Almy Nadia telah sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Hanya dengan sekali lafaz, Fizz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada Almy Nadia.

almy nadia fizz fairuz nikah

Pada tengah hari sebelum pernikahan, majlis pertunangan telah pun dilangsungkan untuk pasangan ini. Jutaan tahniah diucapkan buat Fizz dan Almy atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah!!!

Baca Yang Ini Pulak:-

Gambar Majlis Pernikahan <b>Fizz Fairuz</b> Dan Almy Nadia 26 April <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2014 04:57 AM PDT


Gambar Majlis Pernikahan Fizz Fairuz Dan Almy Nadia 26 April 2014Pelakon Fizz Faizruz sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang di adakan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Majlis akad nikah yang berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian Dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat, berwalikan hakim.


Pada majlis itu Fizz atau nama sebenarnya  Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, menyerahkan mas kahwin bernilai RM1001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.


Ia dibalas sebelas dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya seperti sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.

Fizz melahirkan rasa syukur dengan pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yang dilalui. 

"Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya kepada mStar Online.

Fizz dan Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun.

Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 5 - mStar online
gambar sekitar majlis akad nikah almy nadia dan fizz fairuz 13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan