Nuffnang

Khamis, 3 April 2014

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


<b>Bront Palarae</b> Belajar Berenang Demi &#39;Antara Satu&#39; - Gua.com.my

Posted: 30 Mar 2014 09:00 AM PDT

Pelakon filem 'Sejoli', Bront Palarae kini sedang giat menjalani penggambaran untuk filem terbarunya berjudul 'Antara Satu' terbitan Grand Brilliance. Dalam filem itu, Bront memegang peranan sebagai Hariz, seorang 'dive master' yang mempunyai pusat menyelam. Namun begitu, realitinya, Bront tidak pandai berenang dan menyelam.

"Ini merupakan filem pertama bertemakan dasar laut yang saya jayakan. Saya tidak pandai berenang dan menyelam, namun saya rasakan watak ini merupakan satu alasan yang bagus untuk saya belajar berenang dan menyelam. Sebelum ke set penggambaran, kami ada belajar dan memasuki kelas cara berenang dan menyelam selama beberapa minggu dengan seorang jurulatih," ujar Bront ketika ketika ditemui di set penggambaran filem 'Antara Satu' baru-baru ini.

"Saya akui saya rasa gemuruh untuk menjayakan babak dalam lautan. Tapi syukur apabila tiba masa penggambaran, semuanya berjalan lancar setakat ini. Semasa penggambaran berlangsung, suasana semuanya terkawal. Saya rasa lebih berani untuk menjayakan babak-babak dalam dasar laut," kata pelakon filem 'Jiwa Taiko' ini.

Dalam filem 'Antara Satu', Bront digandingkan dengan Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Aisya Hasnaa, Megan Tan, Kartina Aziz dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh sutradara yang pernah menghasilkan filem 'Belukar' dan 'Ular', Jason Chong.

Pernah membintangi beberapa filem cinta seperti 'Ombak Rindu', 'Sekali Lagi' dan 'Lagenda Budak Setan 2', GUA sempat bertanyakan kepada Bront apakah kelainan yang bakal ditonjolkan oleh filem 'Antara Satu' ini agar dapat menarik penonton ke pawagam kelak.

"Pertama, saya rasakan tema yang cuba disampaikan. Filem ini memang filem cinta, namun tema dasar laut ini adalah sangat menarik yang belum pernah disampaikan lagi. Kelainan pemandangan dan sinematografi yang cantik merupakan suatu tarikan untuk filem ini apabila ditayangkan kelak," ujar Bront lagi.

"Seterusnya, saya merasakan ada ramuan yang terkandung dalam filem 'Antara Satu' ini boleh membuatkan filem ini bermakna dan mempunyai kelainan daripada filem-filem cinta yang pernah ada di Malaysia. Semuanya harus disaksikan sendiri oleh penonton apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti," jelas Bront mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan