Nuffnang

Selasa, 15 April 2014

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


CELAH GELEGAR: [ARTIS & Kontroversi] <b>Juliana Evans</b> Sertai <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 05:50 PM PDT

Tidak dapat dinafikan bahawa wanita kacukan Melayu-Inggeris ini sememangnya memiliki pakej lengkap untuk bergelar seorang model.

Mengambil peluang yang ada, Juliana Evans yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat dilihat bergiat aktif dalam bidang pertunjukan fesyen.

Terkini, menerusi laman Instagramnya, wanita berusia 24 tahun ini telah memuat naik beberapa keping foto dirinya sebagai model catwalk di MODA 2014.


Juliana Evans Sertai Pertunjukan Fesyen Di AS, Peminat Kritik Pakaian Seksi

Antara foto 'seksi' Juliana Evans yang menarik perhatian ramai

Berkonsepkan busana Timur Tengah, Juliana yang dilihat semakin kurus itu telah menggayakan dress pendek berwarna merah jambu separa peha di pertujukan fesyen terkemuka itu.

Bagaimanapun, foto tersebut telah mengundang komen-komen negatif daripada para peminat apabila busana yang digayakan itu dikatakan terlalu seksi.

Juliana Evans Sertai Pertunjukan Fesyen Di AS, Peminat Kritik Pakaian Seksi

Juliana di pertunjukan fesyen MODA 2014

Malah, mereka juga turut mempersoalkan tentang 'hud' baju tersebut yang dilihat seperti menyamai dengan konsep bertudung.

Di sebalik kritikan yang diberi, tidak kurang juga ada yang memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Juliana dan memberi kata-kata perangsang kepada si cantik itu untuk kembali bergiat aktif dalam dunia seni apabila dia kembali ke Malaysia nanti.

Sumber: Ohbulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan