Nuffnang

Selasa, 15 April 2014

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Sharnaaz Ahmad Didakwa Serang & Ugut <b>Lisdawati</b> - MyBuletin

Posted: 23 Feb 2014 08:35 PM PST

Sharnaaz Ahmad Didakwa Serang & Ugut Lisdawati |  Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi dikhabarkan telah membuat satu laporan polis berhubung satu pesanan SMS berbaur ugutan yang diterima daripada aktor Sharnaaz Ahmad baru baru ini.

Semuanya dipercayai berkait rapat dengan insiden serangan pelakon 'panas baran' itu terhadap Lisdawati beberapa minggu yang lalu.

"Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis"

Itu merupakan petikan SMS yang didakwa diterima oleh Fauzi Nawawi. Difahamkan Sharnaaz Ahmad menghantar SMS tersebut pada 21 Feb 2014 yang lalu sekitar jam 9.42 pagi dan Fauzi percaya ianya ditujukan selepas berlaku insiden Sharnaaz mengamuk dan cuba menyerang isterinya, Lisdawati.

Menurut Fauzi lagi, kejadian itu berlaku dalam dua situasi berasingan semasa penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Kuang dan satu lagi lokasi drama yang sama di Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Fauzi Nawawi menambah, beliau menerima SMS tersebut selepas bertanya sendiri kepada Sharnaaz Ahmad atas sebab apa beliau menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran baru baru ini.

"Saya hanya minta penjelasan daripadanya dan dia munkin tidak dapat menerimanya dan tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti itu kepada saya. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah lagi dalam keadaan isteri saya mengandung sekarang ini," katanya lagi.

Lisdawati yang turut memberi kenyataan berkata yang beliau tidak tahu apa punca sebenar tindakan Sharnaaz Ahmad memaki hamun dan menyerangnya. Pelakon ini juga berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, Sharnaaz boleh datang dan berbincang secara baik dengannya, bukan dengan cara mengamuk tidak tentu fasal dan terus memaki hamun dirinya.

Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Sharnaaz Ahmad yang dihubungi oleh portal akhbar Harian Metro bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut tentang insiden ugut mengugut ini.

Dia mendakwa punca semua ini hanyalah kecil sahaja tetapi diperbesarkan oleh pasangan suami isteri Fauzi Nawawi dan juga Lisdawati.

"Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian itu. Benda ini kecil saja, tetapi dibesarkan mereka. Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media"
"Biarlah mereka memburukkan saya, tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut memohon maaf," ujar Sharnaaz Ahmad.

Ish, pening kepala dengan isu mereka ni.. Apa pula pendapat korang? Tengok video bawah ni ada penjelasan penuh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan