Nuffnang

Isnin, 19 Mei 2014

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Arja Lee</b> Fokus Pada Nyanyian - Gua.com.my

Posted: 12 May 2014 12:27 AM PDT

Walaupun lebih dikenali sebagai pelakon, namun Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli lebih mencintai bidang muzik dan mahu dikenali sebagai penyanyi.

"Saya lebih banyak dapat tawaran berlakon dan ia merupakan punca rezeki utama saya. Tapi jiwa saya lebih kepada bidang muzik. Malah, saya sudah menyanyi sejak belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan saya merupakan satu-satunya pelajar lelaki yang menyanyi ketika itu," kata Arja ketika majlis sambutan Hari Ibu 'Cerita Kasih Ibu Bersama Arja Lee' di Cherating, Pahang.

Tambah Arja, dia akan mengurangkan aktiviti lakonan demi memberi fokus untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi.

"Selain mengejar cita-cita, saya ingin menjadi penyanyi kerana saya harus menanggung keluarga saya. Walaupun ibu sudah tiada, tapi saya masih ada ayah dan adik beradik lain yang memerlukan saya. Kebiasaannya bayaran menyanyi lebih tinggi daripada berlakon," jelas Arja yang sudah pun muncul dengan single pertamanya berjudul 'Cerita Pada Mereka'.

"Alhamdulillah lagu saya sudah dimainkan di Hot FM. Ini mungkin berkat saya berlakon 'Ariana Rose' untuk TV3, jadi peluang untuk lagu saya dimainkan di radio agak mudah," katanya.

Lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Keroz Nazri itu bakal dirakam dalam bentuk klip video yang berkonsepkan air.

"Baru-baru ini saya menjalani penggambaran drama di pulau dan saya melihat kehidupan masyarakat di situ. Jadi saya dan pengurus terfikir untuk menggunakan konsep dasar laut dan kehidupan di pulau untuk klip video 'Cerita Pada Mereka'.

Saya sudah berbincang dengan beberapa produksi dan mereka katakan perkara itu boleh dilakukan dan kos juga tidak terlalu tinggi," kongsi Arja.

Selain sibuk mempromosi single terbarunya, Arja juga sedang menjalani penggambaran musim kedua drama 'Misiku Kuza'. Pelakon watak Ramzul dalam drama 'Ariana Rose' ini juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan baru saja selesai rakaman 'game show' untuk saluran RTM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan