Yuna - Google Blog Search |
Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, <b>Yuna</b> Dikritik Oleh Peminatnya | Posted: 16 May 2014 10:04 PM PDT Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan? Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi hebat ini. Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah permintaaan segelintir peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal kemunculannya. Bagi Abang Nara, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan sangat sedap mata memandang. Lagipun Abang Nara dapat rasakan para peminat Yuna lebih fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak bergaya "up to date" dengan fesyen-fesyen semasa. Antara komen-komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah:- Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun Abang Nara pasti Yuna akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan kejayaan Yuna. Yang Ini Pun Best Jugak:- |
You are subscribed to email updates from Yuna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan