Nuffnang

Isnin, 19 Mei 2014

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


Soseh Soseh: <b>Noorkhiriah</b> kehilangan bapa | Berita Malaysia

Posted: 14 May 2014 05:55 PM PDT

Beberapa hari lalu, SS dimaklumkan seorang rakan mengenai berita kematian bapa pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie. Kata rakan SS itu, meskipun reda dengan perpisahan buat selamanya dengan bapa tersayang, Ahmad Shapie Husin, 61, tetapi Noorkhiriah dan keluarga agak terkejut.

Menurut rakan itu, daripada apa yang dimaklumkan Noorkhiriah ialah bapanya tidak menderita sebarang penyakit dan hanya mengadu sakit dada. Justeru, keadaan yang mungkin dianggap biasa dan tidak serius itu akhirnya membawa kepada kematian.

Jadi, pastinya siapa yang tidak terkejut. Apapun, SS doakan, semoga roh bapa Noorkhiriah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh di sisi Yang Maha Esa.

Bagi kita yang masih lagi 'dipinjamkan' nyawa ini, kehidupan masih perlu diteruskan. Bagaimanapun, SS doakan juga supaya Noorkhiriah dan keluarganya tabah menerima dugaan ini. Apatah lagi, khabarnya Noorkhiriah juga akan mengerjakan umrah dalam waktu terdekat ini.


Barangkali, apa yang berlaku ini juga sebahagian daripada dugaan Ilahi untuk menguji kesabaran hamba-Nya. Apapun, SS turut mendoakan perjalanan Noorkhiriah yang ditemani ibu, Noraini Sadan, 58 serta abangnya, Nor Sapizan, 39, ke Tanah Suci mengerjakan umrah dipermudahkan dan lancar.


Selain itu, SS juga yakin segala perancangan direncanakan Tuhan buat hamba-Nya sangat baik. Jadi, sebagai manusia biasa seharusnya kita sentiasa berbaik sangka dan menerima dugaan yang menimpa dengan hati terbuka.

Mungkin juga ganjarannya tidak nampak di dunia, tetapi mana tahu di akhirat nanti. Justeru, reda, tabah serta banyakkan berdoa kerana sesungguhnya kematian tak mampu dielak oleh manusia.

SS: Berasa kehilangan memang menyakitkan, tetapi itulah lumrah manusia

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan