Nuffnang

Isnin, 19 Mei 2014

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> dicop sebagai penipu! - Gossip Artis Malaysia

Posted: 11 May 2014 08:00 PM PDT

Aiman Hakim, Gossip Artis, Majalah, Nur Fathia, Pelakon, Photographer,
Semalam, portal Utusan ada mewawancara pelakon, Nur Fathia. Ianya berkaitan isu yang melanda dirinya yang dicop sebagai artis bermasalah dan kurang berdisiplin.

Diantara komitmen di lokasi set pengambaran dan juga sesi fotograpi. Yang terbaru dikatakan pada sesi photograpi dimana pihak majalah yang mengundang Fathia untuk sesi itu telah kurang selesa apabila Nur Fathia dikatakan membuatkan mereka tertunggu-tunggu akan kedatangannya.

Dan akhirnya, Nur Fathia memberi alasan yang dia waktu itu sakit. Namun pihak majalah berkenaan berjaya menghidu bau penipuan Nur Fahtia apabila ternampak dia berjalan dengan Aiman Hakim di sekitar Kuala Lumpur. Ini dibuktikan lagi dengan gambar yang dimuatnaik olehnya di laman Instagram.

Masih dibelenggu dengan masalah disiplin dan terbaru Fathia didakwa buat 'hal' dengan sebuah syarikat penerbitan majalah. Apa masalah Fathia sebenarnya?

Saya tak sangka hal ini diperbesar-besarkan sedangkan perkara ini telah diselesaikan dengan baik. Tempoh hari saya mengaku memang sepatutnya terlibat dalam sesi fotografi itu namun disebabkan saya tiba-tiba mendapat serangan asma, saya terpaksa membatalkan komitmen dengan mereka. Namun saya sudah maklumkan pada mereka mengenai hal itu.

Isunya sekarang tidak beritahu awal-awal dan membiarkan pihak majalah berkenaan menunggu lama.

Sebenarnya pada waktu saya beritahu mereka saya dah sampai pun di depan pondok pengawal di pejabat mereka. Ketika itu saya dah mula rasa sesak nafas. Ketika itu saya bersama Aiman, dia yang memandu kereta dan menghantar saya ke sana. Dia juga yang menulis nama di pondok pengawal sebelum dibenarkan masuk. Apabila dia tengok keadaan saya semakin teruk, dia paksa saya untuk mendapatkan rawatan di klinik. Jujurnya saya pun tak sangka nak kena asma ketika itu, sebab dah lama tak kena.

Masalahnya kalau betul sakit dan ke klinik, kenapa dalam Instagram boleh pula muat naik gambar 'bersiar-siar' di sebuah pusat membeli-belah?

Saya tak tipu. Saya memang sakit. Saya mengaku memang pergi ke pusat membeli-belah itu pada hari yang sama dan sepatutnya saya sibuk dengan sesi fotografi dengan mereka. Tetapi saya ke sana selepas Aiman membawa saya ke klinik. Kemudian dia minta saya temankan dia ke pusat membeli-belah itu untuk membeli barang. Itu pun selepas saya menghubungi pihak majalah berkenaan mengenai apa yang berlaku. Saya sudah minta maaf dan pihak mereka juga memahami situasi saya. Malah saya juga bersedia memberi komitmen untuk teruskan sesi fotografi pada hari lain. Sepatutnya tak timbul isu bohong-bohong ini.

Sekarang ini nama anda sudah dilabel sebagai pelakon tak berdisiplin. Bukankah ini akan merugikan diri anda sebagai seorang pelakon?

Saya faham itu. Tetapi yang saya tak faham kenapa hal ini disampaikan kepada pihak media lain sedangkan sudah diselesaikan dengan cara baik. Mereka juga nampak okey tapi kenapa jadi macam ini? Saya beritahu mereka keadaan sebenar, tak patutlah saya dituduh menipu. Saya ada bukti resit saya ke klinik. Malah boleh periksa senarai nama di pondok pengawal pejabat berkenaan kalau betullah saya tipu. Ya, saya mengaku, kadangkala kalau terlibat dengan sesi fotografi saya datang lambat tapi saya tetap teruskan komitmen dengan mana-mana pihak kahbar atau majalah. Tak pernah saya batalkan komitmen dengan sengaja.

Tapi sampai bila Fathia 'suka' dan selasa dengan keadaan ini?

Kalau ikutkan saya sudah banyak berubah dan semakin lama saya berada dalam industri, saya faham yang saya perlu tingkatkan tahap profesionalisme bukan sahaja dalam soal lakonan tetapi juga dalam bab komitmen seperti ini. Saya pun tak suka sengaja menyusahkan orang lain. Saya sedar mengenai perkara ini. Kalau perkara saya boleh elak, saya akan elak. Cuma tempoh hari saja saya terpaksa batalkan atas faktor kesihatan. Terus-terang, saya pun tak sangka perkara nak jadi macam itu.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Komen