Nuffnang

Ahad, 25 Disember 2011

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Lisdawati dan <b>Fauzi Nawawi</b> Batalkan Laporan Polis

Posted: 14 Dec 2011 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photorgaphy

KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2011: Pada pertengahn November lalu, telah tersebar fitnah berbentuk BlackBerry Mesengger(BBM) yang memaparkan kecurangan pelakon Fauzi Nawawi dengan kekasih gelapnya.

Lima paparan skrin BBM yang dirakamkan hasil perbualan pelakon terkenal, Fauzi Nawawi itu bagamanapun telah disebarkan oleh sebuah blog hiburan.

Antara kandungan BBM itu adalah Fauzi menyebut tentang perancangannya untuk berkahwin dengan kekasihnya itu. Alasannya, Lisdawati lebih mementingkan keluarganya berbanding suami.

Namun kesahihan paparan skrin BBM itu telah pun disahkan palsu oleh Fauzi Nawawi dan juga isterinya, Lisdawati. Malah mereka sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menyaman blog hiburan tersebut

Bagaimanapun, Lisdawati mengakui tuduhan tersebut langsung tidak masuk, sebaliknya memberitahu bahawa dia dan Fauzi kini telah sepakat untuk membatalkan hasratnya untuk membuat laporan polis atau bertindak menyaman blog hiburan berkenaan.

"Saya rasa perkara ini sudah berakhir dan saya malas nak layan. Banyak lagi kerja lain untuk difikirkan daripada memikirkan perkara yang memang sah tidak benar dan mengarut.

"Lagipun kami rasa, peminat di luar sana pasti tidak akan percaya dengan cerita murahan sebegini yang semata-mata untuk menjatuhkan maruah kami,

"Meskipun apa yang mereka lakukan itu sangat melampau, namun saya terpaksa melupakan perkara ini buat seketika.

"Bukan kami tidak yakin hendak membawa mereka ke muka pengadilan, tetapi saya memikirkan sekarang ini kami masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

"Kalau saya buat laporan polis dan bawa ianya ke mahkamah, pasti mengambil masa yang panjang. Bukan itu sahaja, ianya pasti menelan kos guaman yang tinggi," katanya yang ditemui ketika menghadiri pelancaran kedai A.Aida Collection, baru-baru ini.

Lisdawati menganggap, fitnah berkenaan sebagai satu perkara yang kelakar dan mengambilnya sebagai ujian daripada Tuhan kepada rumahtangganya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan