Nuffnang

Isnin, 27 Februari 2012

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


Mania Astro | Sensasi Selebriti

Posted: 21 Feb 2012 10:28 PM PST

Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.

Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Astro sentiasa akur dengan permintaan para pelanggan yang mahukan pengisian yang segar dan terkini. Kami juga jelas tentang hakikat yang mana bidang seni muzik adalah satu cabang seni yang amat mendapat perhatian ramai. Oleh yang demikian, kami berasakan sudah tiba masanya bagi pihak Astro untuk menerbitkan sebuah program yang mampu memperkasakan industri ini.

Berdasarkan pencapaian sebelum ini, kami melihat Astro telah berjaya dengan formulanya untuk melahirkan ramai pelapis industri seni menerusi program-program yang kami terbitkan. Kami telah berjaya melahirkan ramai bintang-bintang berpotensi bukan sahaja dalam bidang nyanyian, bahkan meliputi bidang komedi dan lakonan. Kehadiran mereka ternyata bukan sekadar tempelan tetapi memberi impak besar kepada industri hiburan tanahair. Kami berharap program Mania bakal mencipta fenomena baru dalam industri muzik ini kelak.

Program Mania bakal menyaksikan dua belas [12] penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Tiga [3] orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat [4] orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato' M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

Kehadiran barisan penerbit muzik dengan latar belakang, reputasi dan kredibiliti yang hebat dalam proses pembentukan seseorang penyanyi ialah satu proses penting yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya yang mendalam mencorak kejayaan mereka di persada seni muzik.

Penerbit muzik yang hebat ini sendiri sebenarnya merupakan tunjang utama dalam melahirkan bintang yang bakal mencetuskan evolusi superstar dalam industri muzik dengan tunjuk ajar dan khidmat bimbingan yang diberikan selain usaha gigih dan komitmen yang ditunjukkan oleh para penyanyi itu sendiri.

Pada musim yang buat pertama kali diperkenalkan ini, Mania amat berbesar hati apabila berjaya mendapat kerjasama daripada penerbit muzik tersohor yang pastinya mampu memberikan impak yang paling maksima buat para penyanyi yang bakal bertanding dalam program ini.

Melihat kepada pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing, kami percaya ia dapat memberi manfaat kepada para peserta sekaligus menyumbang kepada kejayaan program Mania ini. Persetujuan dan komitmen mereka untuk terlibat dengan program Mania amat dihargai dan saya pasti musim pertama ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka.

Uniknya program ini, sebanyak tiga [3] orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.

Buat julung kalinya program Mania diperkenalkan, kami ingin membuka ruang sekaligus memberi peluang kepada para peminat dari awal untuk memilih sendiri calon-calon kegemaran mereka yang dilihat benar-benar layak untuk mengisi tempat sebagai peserta program ini.

Mungkin dengan cara ini dapat menguatkan lagi sokongan mereka kepada calon-calon artis walaupun program masih belum bermula. Sokongan-sokongan positif seperti inilah yang akan membantu artis-artis tersebut untuk membina keyakinan diri bagi memberikan yang terbaik sekaligus membuktikan pilihan penyokong adalah tepat.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.

20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu, Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).

Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500, 000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200, 000 dan RM100, 000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.

Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Shila Amzah di Sidang Media Program MANIA
  • Gambar Adira di Majlis Pelancaran Astro Mania
  • Marsha Suka Buli Anding Dalam Hotel Mania?
  • The Biggest Debut Album of 2011
  • Pelancaran Rasmi Astro MUSTIKA di Mid Valley Megamall
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Muzik Aktif RTM
  • Gambar Artis di Rakaman Gempak Raya Astro
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Siapa Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan