Nuffnang

Isnin, 27 Februari 2012

kumpulan Spider - Google Blog Search

kumpulan Spider - Google Blog Search


Mesej Dalam Lagu | Seru - Mus May Feat Sohaimi Meor Hassan <b>...</b>

Posted: 09 Feb 2012 07:41 AM PST

GUA Kalau Berpacara default 959728307 Mesej Dalam Lagu | Seru   Mus May Feat Sohaimi Meor Hassan
 

Assalamualaikum,

Selamat malam, dah lama rasanya saya tak update entri di malam hari.  Kenapa?  Sebab saya tengah melatih diri bersedia untuk dua perkara.  Yang pertama persediaan mengawal nafsu dari media yang kedua persediaan untuk menjadi bapa.  So dua benda ni menyebabkan saya terpaksa hadkan masa saya untuk bersosial di maya.

Last week masa saya berjalan-jalan di Pangkor saya terdengar satu lagu.  Dan lagu tu ialah OST untuk cerita Bilal semasa Maulidur Rasul.  Tajuk lagu tu Seru – Mus May feat Sohaimi Meor Hassan.  Saya tak pastilah ni lagu lama ke baru tapi saya baru dengar so consider itu lagu barulah bagi saya.  Pernah dengar tak?  Kalau tak pernah dengar jom sama-sama dengar :

 

Bagi saya lirik lagu ni sangat dalam.  Bagi yang faham serius kita akan rasa apa ilmu dan 'nur' yang ada dalam diri kita ni sangat lah sikit dan takkan cukup sebab setiap apa yang kita ada pasti akan bertambah dan kita kena cari.  Bila saya dengar lagu ni saya akan teringat zaman saya jahiliah dan masa tu lupa diri sebagai seorang Islam.  Semua main langgar dan kadang-kadang buat jahat tak fikir ada yang SATU tengah best dok ushar kita buat jahat.

Bila dengar lagu ni saya tetiba rasa bersyukur sebab saya dah nampak jalan yang betul lepas saya baca macam-macam jenis buku.  Lagu ni even beriramakan muzik rock tapi ada mesej dakwah dan mengangungkan Allah.  Tak caya dengarlah chorus dia.  Hope dengan perkongsian lagu ni ramai lagi yang akan sedar tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah dan jadi patuh.

p/s:

Nak berubah dan keluar dari jahil memang susah tapi ia boleh jadi semudah mengenal ABC kalau kita mintak pada DIA.

pixel Mesej Dalam Lagu | Seru   Mus May Feat Sohaimi Meor Hassan

Tiada ulasan:

Catat Komen