Didie Alias - Google Blog Search |
Blog Archive <b>Didie Alias</b> Tak Mahu Azwan Ali Ulang <b>...</b> - Mybloghub Posted: 21 Mar 2012 03:58 AM PDT MURAI SAYS KUALA LUMPUR, 21 MAC 2012: Menerusi program baru di Astro Ria (Saluran 104), Propaganza pada Ahad lalu, pengacara sensasi, Azwan Ali telah meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Siti Nurhaliza, Adlin Aman Ramlie, Adibah Noor, Didie Alias dan Ifa Raziah. Walaupun begitu, Didie Alias yang masih belum menonton rakaman rancangan itu agak berat hati untuk memaafkan kesilapan Azwan terhadap dirinya…READ MORE |
<b>Didie Alias</b> Tak Mahu Azwan Ali Ulang Kesilapan Posted: 21 Mar 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Razif Rosdi KUALA LUMPUR, 21 MAC 2012: Menerusi program baru di Astro Ria (Saluran 104), Propaganza pada Ahad lalu, pengacara sensasi, Azwan Ali telah meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Siti Nurhaliza, Adlin Aman Ramlie, Adibah Noor, Didie Alias dan Ifa Raziah. Walaupun begitu, Didie Alias yang masih belum menonton rakaman rancangan itu agak berat hati untuk memaafkan kesilapan Azwan terhadap dirinya. Bagaimanapun, bakal pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) itu, menasihatkan agar Azwan memohon keampunan daripada Tuhan. "Azwan mahu minta maaf untuk apa? Bukankah dia sudah minta maaf dengan saya sebelum dia berangkat untuk mengerjakan umrah baru-baru ini? Apapun, saya rasa lebih elok jika dia memohon keampunan daripada Tuhan lebih dulu. "Saya rasa tidak guna untuk dia mohon maaf, jikalau dia masih mengulangi kesilapan lalu. Sama ada ikhlas atau tidak, hanya Tuhan saja yang tahu. "Terus-terang, bukan saya nak bermusuhan dengan dia. "Sebaliknya, andai kata kami berjumpa selepas ini dan menegur saya, saya akan terimanya dengan hati terbuka. "Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita ini. Kami pun sudah tua dan masing-masing tahu apa yang patut dilakukan," katanya. Meneruskan penjelasan, Didie memberitahu dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Azwan yang pernah bekerjasama dengan dirinya melalui program Tiada Lama Tiada Baharu, Satu-Satunya di saluran RTM, tahun lalu. "Setakat ini, Azwan masih belum datang berjumpa saya untuk minta maaf. "Malah, dia belum menghubungi saya menerusi telefon. "Saya rasa kalau betul dia ikhlas ingin meminta maaf, dia boleh hubungi saya terus tanpa menggunakan pihak media. "Saya rasa tidak salah kalau dia telefon saya. Dia pun masih menyimpan nombor telefon saya. "Sekali lagi, saya tidak mahu panjangkan cerita ini lagi. Untuk 2012 ini, hati saya sudah beku untuk rasa kecil hati dengannya," ujarnya. Dalam pada itu, Didie turut menjelaskan Azwan telah melakukan kesilapan yang sama pada dirinya dengan empat selebriti lain yang disebutkan itu. "Saya tahu, dia buat kesilapan yang sama dengan semua orang yang dia sebut. "Dia selalu sengaja menggunakan kami sebagai bahan untuk mempromosikan dia. "Dalam erti kata yang lain, dia buat untuk kepentingan dia saja. Semuanya agar masyarakat mengikuti perkembangannya. Dia suka membuat publisiti. "Bagi saya, tidak guna kalau saya mahu buat laporan atau membuat sebarang tindakan ke atasnya. "Saya harap dia kali ini dia betul-betul ikhlas memohon maaf dari yang mencipta kita," jelasnya. Sementara itu, Didie sempat berkongsi perasaan gembira dengan keputusan anak bujangnya yang baru saja menerima keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). "Syukur alhamdulillah, anak saya lulus. Saya terima dengan keputusan yang diberikan kepadanya. Itu saja yang mampu dia buat. "Saya tidak kisah dia mahu lanjutkan pelajaran di mana. Kalau ikut dia, mungkin dia nak sambung pelajaran dalam bidang arkitek atau kejuruteraan. "Namun, ia tertakluk kepada keputusan yang diterima sama ada dia layak atau pun tidak," kata Didie yang menanti skrip sebagai pengacara ABPBH 2012. |
You are subscribed to email updates from Didie Alias - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan