Nuffnang

Sabtu, 24 Mac 2012

Fizo Omar - Google Blog Search

Fizo Omar - Google Blog Search


Sinopsis Cinta Buat Emelda Lakonan <b>Fizo Omar</b> & Almy Nadia <b>...</b>

Posted: 06 Mar 2012 08:34 PM PST

Satu lagi slot Akasia yang bakal ditayangkan di Tv3 pada 26 Mac 2012 menemui peminat drama, Cinta Buat Emelda dgn 24 episod. Drama bertajuk Cinta Buat Emelda ini lakonan Fizo Omar dan Almy Nadia. Hasil google, drama Cinta Buat Emelda ialah adaptasi dari sebuah novel. Novel lagi.. :)

Antara pelakon yang menjayakan drama ni ialah Aida Khalida, Mustafa Kamal, Rebecca Nur Islam, adik Mia Sara, Amran Ismail, Diana Amir, Rykal Iskandar, Erry Putra (sbg Maliki)dan ramai lagi.

Sinopsis

Kalau berdasarkan novel, kisah ni tentang adik beradik nama Emelda dan Emira   Emilia (lakonan Almy Nadia), pasangan kembar, kakaknya Emira ni dah meninggal.

Ok sinopsis lebih kurang gini la, Emelda terpaksa berkorban demi kakak kembarnya yang dah meninggal akibar barah hati. Emilia telah meninggalkan seorang anak  nama Dania (dilakonkan oleh adik Mia Sara Nasuha) .

Nampak gambar Fizo Omar duk pangku Mia dan Almy Nadia. 

Rupanya Emilia ni dulu telah mengandung atas perbuatan seorang lelaki, nama Aril Fatah. Lelaki tu kemudian datang untuk menebus segala kesalahan dan dosa dia yg lampau dan mahu bertanggungjawab terhadap Emira dan anaknya.

Dia mahu berkahwin dengan Emira tetapi dia tak tahu yang Emira dah meninggal dunia. Emelda menyamar jadi kakaknya demi anak kakaknya tu.

Sampai bilakah Emelda akan terus menyembunyikan rahsia itu, dan apa reaksi Aril Fatah kalau dia tahu siapa Emelda yang sebenarnya, bukan wanita yang dicintainya selama ini.

Dalam novel Maliki ialah lelaki yang menaruh hati kepada Emelda, adakah Maliki akan berusaha juga untuk merampas Emelda dari Aril Fatah?

Emelda terpksa berkahwin dgn Aril bukan sebab cinta pada lelaki itu, bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?

Saksikan Cinta Buat Emelda 27 Mac di tv3. (adapatasi dari Novel Kasih Antara Kita)

p/s: happy ending  kisah Emelda emira dalam novel  :)

Promo Cinta Buat Emelda

Lagu OST Cinta Buat Emelda – Nera AF 9 Hatimu Milikku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan