Nuffnang

Sabtu, 24 Mac 2012

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>Jue Aziz</b> &#39;Disappear&#39; Not Contact Magic | Eyulily.com

Posted: 14 Mar 2012 11:16 PM PDT

class="story_image center; style="width:414px">  Jue Aziz.

Saya Tak Terkena Sihir – <b>Jue Aziz</b>

Posted: 15 Mar 2012 09:20 PM PDT

PETALING JAYA – Pelakon wanita, Zuliana Ab Aziz, 29, atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz menafikan kehilangan dirinya sekejap dari dunia hiburan adalah kerana dia terkena buatan orang atau terkena sihir.

Jue Aziz mengambil keputusan untuk berdiam sekejap adalah kerana dia lebih selesa untuk tidak berbicara mengenai kisah peribadinya, sebaliknya lebih tertumpu untuk menceritakan perjalanan kariernya.

Malah, cakap-cakap orang yang mengatakan dia sedang sakit teruk akibat buatan sihir juga adalah tidak benar kerana gosip itu timbul disebabkan produksi teater Semerah Padi yang inginkan publisiti murahan yang dia sendiri tidak sertai.

"Saya tidak sakit terkena perbuatan sihir atau santau. Cerita itu tidak betul. Cerita itu ditimbulkan oleh pihak produksi Semerah Padi yang cuba mencari publisiti murah ketika pementasan itu diadakan pada tahun lalu.

"Saya tidak sertai teater itu pun disebabkan oleh kekalutan pengurusan produksi itu sehingga menyebabkan saya tertekan dan jatuh sakit ketika itu. Ia hanya sakit biasa kerana tidak cukup rehat," kata Jue Aziz.

Bagi Jue Aziz, sepanjang lebih dari lima tahun dia berkecimpung dalam dunia lakonan, Jue Aziz mengakui dia kini bersyukur sudah berada di tahap yang stabil dan tidak memerlukan cerita atau publisiti murahan untuk dikenali peminat-peminat industri hiburan.

Malah, wanita cantik itu juga sudah semakin cekap menguruskan perjalanan seninya sendiri dan tidak perlu dikaitkan dengan sesiapa untuk berjaya.

"Pada tahap ini, saya memang elakkan publisiti yang berlebihan seperti awal-awal dulu. Saya tidak mahu kisah kontroversi terus dikaitkan dengan saya dan menjadi bahan cerita di media.

"Berkat pengalaman yang ada, saya semakin cekap menguruskan kerjaya lakonan. Tawaran lakonan juga stabil dan peminat sudah mengetahui mutu kerja saya, jadi apa perlunya saya terus muncul bersepah-sepah di media jika tiada kisah yang bernas dan penting untuk dikongsi," katanya.

Terkini, Jue Aziz baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Jidin Sengal di mana dia membawa watak sebagai Amy, seorang gadis lasak yang bakal ditayangkan pada 22 Mac ini di pawagam.

Filem yang membariskan Jue, Along (Raja Lawak), Angah (Raja Lawak), Faezah Elai, Zach Diamond, Azrul (Raja Lawak), Mariani dan Hamid Gurkha ini diterbitkan oleh syarikat produksi OutLoud Studios Sdn Bhd.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Jue Aziz</b> “penat dengan karakter gedik”

Posted: 15 Mar 2012 02:57 AM PDT

Jika dahulu Jue aziz sering dikaitkan dengan cerita kurang enak melibatkan masalah peribadinya dimana setelah dua kali gagal dalam percintaan, kini Jue lebih matang dalam memilih aturan hidupnya.

Menginjak ke usia 30 tahun Jue Aziz atau nama sebenar beliau Zuliana Abd Aziz berkata bahawa dia tidak mahu lagi mengambil watak yang memerlukan beliau menjadi gedik. Jika dahulu mungkin boleh dipertimbangkan namun untuk masa sekarang mungkin tidak, seiiring dengan perubahan usia.

"Saya dah penat sebenarnya nak berlakon watak gedik ni. Pada saya bagilah peluang kepada artis muda yang mahu menempa nama dalam bidang lakonan ini pula. Zaman saya dah lepas. Sekarang fokus saya untuk memilih watak yang mencabar dan realistik sesuai dengan prinsip yang saya pegang sekarang".

Kehadiran Jue Aziz di majlis-majlis melibatkan penglibatan para artis jarang sekali ditemui. Ditanya tentang perkara tersebut, Jue Aziz memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi menghabiskan masa pergi ke acara sebegitu.

"Saya tidak perlukan publisiti seperti yang pernah terjadi dahulu, selepas peristiwa hubungan percintaan saya bersama Jehan Miskin saya mengambil sikap berdiam diri. Jika ada yang memerlukan kehadiran saya seperti pelancaran filem atau drama lakonan saya, inshaallah saya akan berada di sana. Jika tidak, saya akan menghabiskan masa dengan kerja."

Beliau yang memegang watak sebagai Amy penolong pengarah yang memiliki sikap seperti lelaki namun masih mengekal ciri-ciri wanita ini mengisahkan tentang fenomena sebenar yang terjadi di dalam set penggambaran.

"Saya terima tawaran ini kerana wataknya, sebelum ini saya tidak pernah lagi ditawarkan watak sebegini. Dalam filem Jidin sengal, peminat boleh lihat saya lakonkan watak sebagai seorang gadis tomboi."

Filem komedi arahan pengarah muda,Esmy Zahara turut dibintangi oleh Angah Rajalawak, Along cham, Faezah Elai, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan zack Diamond (x-factor).

Filem ini bakal ditayangkan di seluruh Malaysia pada 22 Mac 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan