Liyana Jasmay - Google Blog Search |
- <b>LIYANA JASMAY</b> BERTUNANG 28 MAC 2012
- <b>Liyana Jasmay</b> Bertunang Ahli Perniagaan
- <b>Liyana Jasmay</b> Bertunang 28 Mac Ini | AR-Mujahid
<b>LIYANA JASMAY</b> BERTUNANG 28 MAC 2012 Posted: 13 Mar 2012 07:28 AM PDT Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac 2012? Pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay bakal bertunang hujung bulan ini iaitu 28 Mac 2012 dengan jejaka pilihan hatinya. Tarikh pertunangannya itu yang jatuh pada tarikh hari ulang tahunnya yang ke-24 disahkan sendiri oleh ibu Liyana Jasmay, Puan Habshah menerusi sebuah laman portal hiburan tempatan. Dalam kenyataan tersebut, ibu Nana sempat memberitahu bahawa Nana dan bakal tunangnya, Fathuddin Mazlan sudah lama berkenalan tetapi mula rapat dalam dua atau tiga bulan ini.
Bercerita tentang persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarganya pada sebelah malam, Puan Habshah memberitahu segalanya sudah selesai 80 peratus dan berjalan dengan lancar. Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) ini dikatakan bakal menyarungkan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris berharga RM10,000. P/s: Tahniah buat Liyana Jasmay dan pasangan hatinya yang bakal bertunang 28 Mac ini. Moga hubungan berkekalan sehingga disatukan dalam majlis perkahwinan mereka kelak. Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac,
|
<b>Liyana Jasmay</b> Bertunang Ahli Perniagaan Posted: 09 Mar 2012 06:12 PM PST KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular, Liyana Jasmay ternyata tidak mahu bermain teka-teki tentang hubungan intimnya dengan seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan apabila mereka dikatakan bakal mengikat tali pertunangan pada bulan depan. Menurut sumber, keluarga penyanyi yang popular menerusi lagu berjudul Aku Tak Percaya Cinta itu kini sedang rancak membuat persiapan majlis yang cukup manis buatnya itu, sekali gus menepis pelbagai gosip percintaan yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini. "Macam-macam gosip pernah melanda Liyana Jasmay sejak dia menjadi pelakon dan penyanyi. Antaranya Liyana dikatakan pernah menjalin hubungan cinta dengan pengarah Syamsul Yusof. Gosip itu timbul selepas mereka berlakon bersama dalam filem Khurafat. "Bagaimanapun, gosip itu lenyap begitu sahaja selepas Liyana tamat menjalani penggambaran filem tersebut yang diarahkan oleh Syamsul di mana ia berjaya mengutip kutipan tiket mencecah RM8 juta. Diharap Liyana akan mengulas lanjut pertunangannya itu kelak," kata sumber itu. – mynewshub.my Iklan Teks:Berita Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
<b>Liyana Jasmay</b> Bertunang 28 Mac Ini | AR-Mujahid Posted: 15 Mar 2012 06:57 PM PDT Sebelum ini, banyak gosip kisah cinta Liyana Jasmay tersebar di mana-mana ruangan media. Liyana Jasmay akan bertunang 28 mac 2012 ini. Siapa tunang Liyana Jasmay yang sebenarnya. Dan khabar angin mengatakan gaun pertunangannya sudah siap di tempah yang bernilai RM10,oooo. Dalam diam-diam budak comel ni dah nak bertunangkan. Sebelum ini pelakon/penyanyi cilik ini pernah di kaitkan kisah cinta bersama penyanyi popular Aizat Akademi Fantasia. Mungkinkah Liyana Jasmay akan menamatkan zaman bujangnya bersama dengan artis lelaki popular ini. Beliau dikhabarkan akan bertunang dengan jirang tetangga beliau juga iaitu, Fathuddin Mazlan. Dikhabarkan lagi, mereka memilih tarikh tersebut kerana ia merupakan tarikh lahir Liyana Jasmay yang ke-24. Menurut ibu Liyana Jasmay: Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin akan diadakan di rumah keluarga sahaja dan majlis tersebut akan diadakan di sebelah malam. Setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Boleh dikatakan 80 peratus telah siap.Inilah yang di katakan jodoh. Harap pertunangan ini akan bersambungan ke jinjang pelamin (perkahwinan). # Ada ke jiran tetangga aku yang masih single lagi. Gaun Pengantin yang bernilai RM10,000 yang akan di gunakan ketika majlis pertunangan Liyana Jasmay itu nanti. Agaknya gaun masa majlis perkahwinan berapa ribu pulak ye.. Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan akan di adakan pada 28 mac 2012. Gambar Liyana Jasmay memakai gaun pertunangan menunjukan dia memang happy go lucky |
You are subscribed to email updates from Liyana Jasmay - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan