Nuffnang

Sabtu, 31 Mac 2012

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Faezah Elai</b>: Ia tidak berkaitan <b>...</b>

Posted: 15 Mar 2012 11:45 PM PDT


Aktres tempatan kelahiran Pulau Pinang, Faezah Elai terkejut apabila babak dalam filem "Jidin Sengal" yang dibintanginya dikatakan berkaitan dengan kisah hidupnya.

"Saya terkejut apabila ada sesetengah pihak bercakap mengenai filem ini dan mengaitkan dengan kisah rumah tangga saya. Penggambaran filem "Jidin Sengal" telah dibuat dua tahun lalu. Manakala kontroversi yang melanda pula berlaku tahun lalu. Sudah tentu sama sekali tidak ada persamaan.

"Pengarah filem, Esmi Zahara merupakan kawan baik saya sendiri. Saya tidak merasakan apa yang dilakukannya adalah untuk mengaibkan saya. Mungkin apa yang dia ingin sampaikan adalah realiti sebenar yang berlaku dalam produksi. Banyak lagi babak yang ditunjukkan menampilkan kehidupan artis dan produksi, tetapi ia tidak begitu difokuskan," ujar Faezah ketika ditemui di malam gala "Jidin Sengal" yang berlangsung baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Noor Faezah Elai baru beberapa bulan sahaja mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama "Asmara" iaitu Heykal Hanafiah. Hubungan mereka telah mencetuskan kontroversi apabila Heykal dikatakan masih berstatus suami orang dan mempunyai anak ketika bercinta dengan Faezah.

Dalam filem "Jidin Sengal", Faezah yang memegang watak Ella Sunti mempunyai perasaan terhadap seorang pengarah.

Sementara itu aktres berusia 29 tahun ini yang sering kali meluahkan rasa tidak puas hati dalam akaun Twitter menafikan apa yang dikatakan itu tiada kena mengena dengan kehidupannya. Apa yang ditulis olehnya itu adalah secara spontan dan Faezah mahu semua berhenti memperkatakan isu Twitter kerana merasakan ia tidak penting.

"Saya bercakap secara umum. Jika saya berada di tempat awam dan terlihat sesuatu yang pelik, saya akan menulis. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh semua orang. Saya juga seperti mereka, manusia biasa," jelasnya.

Bercerita tentang kehidupan sebagai seorang isteri, Faezah mengakui bahagia bersama suami dan tidak mempunyai perancangan untuk mendapatkan anak buat masa ini.

"Kami tidak merancang. Jika ada rezeki, saya akan menerima dengan rasa syukur," kata Faezah lagi.

Faezah kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaru terbitan Grand Brilliance, "KL Zombie" dan terpilih sebagai duta jenama tuala wanita, Kotex.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan