Intan Ladyana - Google Blog Search |
KISAH PERKAHWINAN <b>INTAN LADYANA</b> | MummyNemo Posted: 11 Mar 2012 09:30 PM PDT Posted on 12 March 2012. WAJAH manisnya silih berganti menghiasi panggung tempatan sejak mula tampil menerusi Tipah Tertipu The Movie. Tahun lalu sahaja pemilik nama penuh Intan Nurladyana Mohamad Yahaya itu menambah variasi watak dalam filem lakonannya apabila tampil sebagai seorang wanita misteri dalam Flat 3A serta wanita lasak dalam Bini-Biniku Gengster. Terkini Intan sekali lagi kembali dengan sambungan filem pecah panggung Adnan Sempit. Membawakan watak sama, Nadia yang merupakan seorang anak orang kaya, Adnan Sempit 2 nyata membuatkan Intan tidak senang duduk. "Saya akui sekuel ini membuatkan saya berdebar-debar menanti penerimaan penonton. Saya terfikir adakah sejarah Adnan Sempit boleh berulang lagi atau tidak. Tetapi apa yang pasti Adnan Sempit 2 menampilkan kelainan "Adnan Sempit 2 masih ditayangkan. Janji saya, sambungan ini lebih istimewa," ujar Intan yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Cinta Atas Tar. SURI RUMAH Sebenarnya saya sudah tahu mengenai selok-belok sebagai seorang suri rumah. Jadi tidak susah untuk saya belajar menjadi wanita berkeluarga dalam Adnan Sempit 2. Watak Nadia memerlukannya menjadi seorang suri rumah, itu syarat jika dia mahu berkahwin dengan Adnan. Nadia juga kelihatan lebih gedik kerana dia anak manja dan mempunyai buah hati. THAILAND Thailand begitu istimewa dalam hati saya kerana ibu saya berasal dari sana. Saya juga masih mempunyai ramai sanak saudara di Thailand. Setiap kali Hari Raya Aidilfitri kami pasti akan beraya di Bangkok selama seminggu biarpun tidak semeriah di sini. KAHWIN Dapatkan info terkini dengan klik link iniBuat masa ini saya belum merancang untuk berkahwin. Jadi kalau ada yang menunggu untuk melihat saya mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat, ia tidak akan berlaku. Saya dengan Kamal Adli (kekasih) masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Apa yang pasti hubungan kami tiada apa-apa masalah. TAWARAN LAKONAN Jika orang lain boleh menerima banyak tawaran berlakon dalam satu-satu masa, berbeza pula dengan saya. Saya cuba mengehadkan untuk berkerja dalam satu filem atau drama dalam satu masa. Saya tidak suka jika jadual saya bertindih dan menyusahkan. KARAKTER BERBEZA Saya memang pemilih watak sebab enggan bawa watak yang sama. Sebelum menerima tawaran, saya akan meneliti skrip. Jika cerita menarik dan wataknya berbeza, saya pasti terima. Sebagai contoh watak saya dalam filem Flat 3A, Adnan Sempit 2 dan Bini-Biniku Gangster semuanya berbeza. Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from Intan Ladyana - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan