Nuffnang

Khamis, 26 April 2012

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


ALBUM BARU: <b>Alif Satar</b> Lebih Matang Dalam &#39;Lelaki Seperti Aku <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 04:59 AM PST


ALBUM: Lelaki Seperti Aku
EDARAN: Sony Music Malaysia
SELEPAS menempa kejayaan dengan album sulungnya berjudul Nakal pada 2009, penyanyi Alif Satar tampil dengan buah tangan terbaru berjudul Lelaki Seperti Aku.
Album yang memuatkan lapan buah lagu dan dua minus one itu mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia Panji dari kumpulan Sakti selain sebuah lagu Inggeris sentuhan penyanyi Amirah Ali berjudul There We Go.
Lagu-lagu ciptaan Panji ini telah disusun atur dan diterbitkan oleh Zimi (Sofaz).
Pembukaan album ini dimulakan dengan lagu Lelaki Seperti Aku yang cukup catchyselain liriknya yang mudah ditangkap oleh pendengar.
Ternyata ia telah memukau pendengar sekali gus melonjakkan nama Alif di persada seni tanah air.
Keseronokan itu tidak terhenti di situ sahaja apabila "single" keduanya berjudul Abdul turut menarik perhatian kesinambungan daripada trek pertama.
Muziknya yang segar dengan lirik berunsurkan humor mengenai seorang lelaki bernama Abdul berjaya menarik perhatian pendengar ketika pertama kali mendengarnya.
Walaupun dua lagu pertama dari album itu masih menonjolkan sisi remaja Alif, bagaimanapun trek seterusnya terus membawa pendengar kepada dirinya yang lebih matang sebagai penyanyi.
Lagu seperti Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi dan There We Go benar-benar telah menyerlahkan vokalnya yang mantap dan lebih dewasa sejajar dengan peningkatan usianya.
Sementara itu, Alif juga turut berduet dalam sebuah lagu berjudul Timeless bersama penyanyi Filipina iaitu Julia Abueva dan ia merupakan nyanyian asal Kelly Clarkson & Justin Guarini.
Secara keseluruhannya, mStar Online berpendapat, album ini adalah sebuah karya yang baik daripada seorang artis muda seperti Alif dan tidak rugi untuk melaburkan wang untuk album penyanyi ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen