Nora Danish - Google Blog Search |
- <b>Nora Danish</b> Ucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Fasha <b>...</b>
- <b>Nora Danish</b> Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha |
- BERITA ARTIS - Aksi Berahi Rusdi Ramli & <b>Nora Danish</b> Mencari <b>...</b>
<b>Nora Danish</b> Ucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Fasha <b>...</b> Posted: 25 Apr 2012 01:32 AM PDT OHBULAN! memang hormat dengan pendirian Nora Danish yang menegaskan bahawa dia tak hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai bersama aktres popular, Fasha Sandha kerana enggan dijadikan bahan cerita orang ramai pula. Nora Danish juga memaklumkan akan berada di Tanah Suci Mekah selama 13 hari bagi mengerjakan umrah bermula Jumaat ini, jadi tidak timbul sebarang isu sama ada beliau akan dijemput atau tidak kerana tarikh perkahwinan mereka berdua jatuh dalam lingkungan tempoh tersebut. Katanya lagi, anak lelaki hasil perkahwinan bersama Jejai, iaitu Putera Rayqal Ramli akan berada di bawah jagaan keluarga bekas suaminya sepanjang tempoh umrah. Bagaimanapun, dia tak pasti sama ada anak lelakinya akan hadir ke majlis perkahwinan itu, atau tidak. Pelakon drama Ariana Mikhail ini turut mengucapkan kebahagiaan berumahtangga kepada Fasha Sandha sehingga ke akhir hayat. "Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat." Kredit berita : Gua Malaysia |
<b>Nora Danish</b> Doakan Kebahagian Jejai Dan Fasha | Posted: 25 Apr 2012 12:37 AM PDT Tanggal 27 April ini bakal berlangsung majlis pernikahan Fasha Sandha dan Jejai di satu tempat yang dirahsiakan. Tentunya ramai tertanya-tanya apakah perasaan Nora Danish selaku bekas isteri Jejai. Nora Danish yang ditemui oleh wartawan portal GUA mengakui yang dia tidak menerima kad jemputan dan bakal menunaikan umrah ketika majlis tersebut berlangsung. Walaupun tidak dapat hadir, Nora Danish tetap mendoakan agar majlis tersebut dapat dinikmati oleh bakal pengantin. Kata Nora:-
Apabila ditanya sama ada anaknya dan Jejai iaitu Putera Rayqal Ramli akan hadir dan boleh menerima Fasha Sandha sebagai ibunya, Nora Danish berkata:-
Dan Nora sempat membuat sedikit lawak ketika memberikan ucapan selamat pengantin baru kepada Fasha dan Jejai.
Abang Nara respek serespek respeknya dengan ketenangan dan kematangan Nora Danish menjawab soalan-soalan daripada wartawan. Kredit berita sepenuhnya kepada portal GUA. Baca Yang Ini Pulak:- |
BERITA ARTIS - Aksi Berahi Rusdi Ramli & <b>Nora Danish</b> Mencari <b>...</b> Posted: 24 Apr 2012 09:34 PM PDT Kali terakhir muncul di layar perak pada 2007 menerusi filem '1957: Hati Malaya', pelakon berbakat besar, Rusdi Ramli kini bakal muncul dengan filem terbaru berjudul, 'Mencari Cinta'. Filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates. "Saya memegang watak sebagai Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab. "Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka," ujar Rusdi ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran filem tersebut di Perak-Techno Trade Centre, Ipoh, petang semalam. "Saya menerima tawaran untuk berlakon filem ini kerana filem ini lain dari yang lain. Cara penceritaannya berbeza dan kepercayaan mereka terhadap saya untuk menggandingkan saya dengan Nora Danish juga membuatkan saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini." Rusdi ketika ditemui memberitahu berasa bersyukur kerana walaupun sudah berusia 42 tahun, beliau tetap diberi tanggungjawab oleh syarikat produksi bagi menggalas watak sebagai hero. Apabila ditanya mengenai gandingannya dengan Nora yang 11 tahun lebih muda darinya, anak kepada Norlia Ghani ini mengakui tidak mempunyai masalah berlakon dengan Nora. "Alhamdulillah, orang masih menawarkan saya watak hero. Bagi saya, itulah untungnya pada saiz kecil. Ini kali pertama saya digandingkan dengan Nora dan saya rasa tak kisah serta tak ada masalah dia umur berapa tahun pun. Setakat ini tak ada masalah kerana ia adalah sebahagian dari kerja saya," ujar Rusdi sambil berkongsi mengenai pengalamannya berlakon aksi romantik dengan Nora. "Banyak benda yang tak disangka. Masa baca skrip lain dan saya pula sibuk shooting benda lain sebelum itu, jadi saya tak tahu apa kehendak pengarah untuk watak ini. Bila diberitahu kami kena melakonkan aksi romantik seperti pasangan suami isteri, saya jadi 'culture shock'. "Namun, pengarah mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong relevannya keperluan watak ini, jadi saya terpaksa akur. Lagipun, sebagai pelakon saya kena ikut kehendak pengarah, jadi saya hanya buat semampu yang boleh. Sejujurnya, saya rasa risau dan takut melakonkan adegan seperti itu." Kagum dengan bakat Nora Danish, Rusdi memberitahu, "Dia seorang pelakon yang bagus, cuma peluang dia saja kurang. Orang hanya nampak dia macam watak Puteri saja. Masa dia berlakon watak menyampah, saya sebagai Rusdi Ramli memang menyampah tengok dia. Tapi sebagai Razlan, saya tak boleh menyampah dengan isteri saya." Ditanya apakah cabaran lain melakonkan watak Razlan selain melakukan aksi berahi dengan Myra, Rusdi memberitahu, "Cabaran lain ialah babak bangsal terbakar. Saya kena bermain dengan api betul. Bila melibatkan api, banyak perkara yang tak boleh dijangka, tapi Alhamdulillah tiada siapa yang cedera." Dalam perkembangan lain, suami kepada komposer, Sharon Paul ini sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga di mana Sharon kini hamil lima bulan. Hasil perkahwinan pertama, Rusdi mempunyai seorang anak lelaki bernama Efiezal Ridza, 22 tahun manakala perkahwinan dengan Sharon dikurniakan seorang anak lelaki, Rio Ridza yang kini berusia 2 tahun 8 bulan. |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan