Fasha Sandha - Google Blog Search |
<b>Fasha Sandha</b> Kahwin – Di Bali Posted: 08 Mar 2012 08:01 AM PST Fasha Sandha kahwin di Bali!! Jauhnya kalo nak hadir majlis Fasha Sandha ni kawhin di Bali. Sedikit gambar pra wedding dia dengan Jejai. Apa pun baik buruk jika nak mendirikan masjid syukur dan di doakan diberkati-Nya. Seperti difahamkan majlis akan diadakan di bali tanpa buang masa mari ikuti berita penuh tentang perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai. Aktres popular, Fasha Sandha dan pasangannya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini. Sumber berkata, persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun. Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.
Bagaimanapun, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, genap berusia 28 tahun pada 28 Mac ini tidak dapat dihubungi kerana sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Seindah Sakura. Desas-desus mengenai berita pernikahan dan persandingan pasangan sensasi yang sudah lima tahun menjalin cinta itu semakin hangat apabila laman sosial menyiarkan gambar mereka mengikuti kursus kahwin, hujung minggu lalu. Pada kursus yang diikuti pada hari Sabtu dan Ahad di sebuah lokasi di Setiawangsa yang juga berhampiran salun kepunyaannya, Rizal atau mesra disapa Jejai turut menemaninya. Menambahkan lagi spekulasi tarikh hari bahagianya semakin dekat apabila gambar Fasha mencuba gaun pengantin turut disebarkan di portal hiburan, begitu juga beberapa keping gambar berdua diabadikan seakan menunjukkan khusus untuk praperkahwinan. Terdahulu, pelakon yang mengakui akan mengadakan majlis perkahwinan di luar negara itu pernah mengeluarkan kenyataan, dia hanya akan mengundang enam teman media yang dipercayainya saja ke majlis bersejarahnya nanti. Akuinya, biar tiada niat mahu merahsiakan perkara baik, Fasha lebih senang membiarkan peminat berteka-teki dengan alasan belum bersedia dan hanya menunggu waktu yang sesuai. Difahamkan Jejai yang juga anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, sudah pun bertemu keluarga pihak perempuan untuk merisik – sumber info Fasha Sandha akan kahwin di Bali adalah abpbh. Fasha Sandha Kahwin Di Bali, 10 Artikel Pilihan Ramai... |
You are subscribed to email updates from Fasha Sandha - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan