Nuffnang

Ahad, 1 April 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


<b>Sazzy Falak</b> Keluarkan Jenama Pakaian Sendiri

Posted: 20 Mar 2012 11:19 PM PDT

PETALING JAYA – Selepas berjaya bergelar seorang pelakon dan pengacara wanita popular, Sazzy Falak merancang untuk memulakan langkah seterusnya dalam dunia fesyen apabila bakal mengeluarkan pakaian dari jenamanya sendiri.

Jenama SF by SF atau Street Fashion by Sazzy Falak adalah sentuhan rekaan dan ilham Sazzy sendiri yang akan menampilkan hasil rekaannya yang lain dari jenama pakaian yang sudah tersedia ada.

Jenama berkenaan dijangka akan mula memasuki pasaran pada Jun ini.

Bagi Sazzy, ilham untuk mengetengahkan bakat dan rekaannya dalam dunia fesyen timbul berikutan dia menyukai konsep yang ringkas dan ranggi serta ingin berkongsi pendapat tentang dunia fesyen kepada peminat-peminatnya.

"Saya suka pada konsep street fashion (fesyen jalanan) yang ringkas dan ranggi. Sebab itu saya memilih untuk mengetengahkan pakaian begini.

"Ia mampu dimiliki dan menawarkan pelbagai pilihan kepada kaum perempuan dari peringkat kolej sehingga awal 30-an," kata Sazzy seperti yang dilaporkan media.

Untuk menarik para peminat dunia fesyen, SF by SF akan menawarkan produk seperti skaf dan baju-baju rekaan Sazzy di awal penubuhan jenamanya yang dijual secara dalam talian.

Sazzy pada masa ini masih lagi mengumpul rekaan yang unik sebelum ia dilancarkan.

Banyak pihak yakin, Sazzy pastinya tidak akan menghampakan permintaan peminat-peminat fesyen yang menginginkan kualiti pakaian yang bagus dan penawaran harga yang berpatutan dari jenama SF by SF.

"Keistimewaan jenama ini adalah kualiti fabrik yang digunakan dan harga yang serendah RM60 hingga RM120, manakala beberapa pakaian eksklusif rekaan saya akan dijual pada harga sekitar RM200.

"Sekarang saya tengah sibuk mengumpulkan rekaan yang bersesuaian sebelum ia dilancarkan nanti," katanya.

Selain itu, melihatkan perniagaan fesyen dalam talian yang berkembang seperti cendawan tumbuh selepas hujan, Sazzy yakin jenama pakaiannya mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang sudah ada dalam pasaran memandangkan keunikan rekaannya mampu menawarkan pilihan berbeza kepada pembeli.

"Saya yakin jenama fesyen ini akan berbeza dan tersendiri daripada jenama-jenama sedia ada. Saya lakar rekaannya hasil daripada selera saya sendiri, pemerhatian dan rujukan daripada laman-laman fesyen di Internet," kata Sazzy.

Sazzy yang sememangnya gemar dan obses dengan fesyen sering kali dilihat berkongsi idea dan ilham pemakaiannya sehari-harian bersama peminat-peminat di laman sosial Twitter peribadinya dan juga profil Instagram.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan