Sara Ali - Google Blog Search |
<b>Sara Ali</b> Jaga Nilai Eksklusif Diri Posted: 01 Apr 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Syafiqah Jalal KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2012: Kurang muncul di mana-mana majlis hiburan, pelakon, Sara Ali, 22, akui tindakannya itu adalah demi menjaga nilai eksklusif dirinya sebagai seorang selebriti. Malah, Sara Ali berkata dia perlu menjaga nilai tersebut, supaya tidak menjadi selebirti yang akan cepat bosan di mata khalayak ramai. "Saya tidak kisah jika tindakan saya ini dianggap sombong tetapi sebagai seorang pelakon saya ada pendirian saya sendiri. "Malah, saya lebih selesa jika tidak terlalu menonjol dan saya hanya hadir ke majlis tersebut jika perlu dan ada kepentingan untuk kerjaya saya sebagai contoh mempromosi filem atau sebagainya. "Namun saya juga masih tidak faham dengan selera penonton sekarang adakah seseorang pelakon itu dinilai oleh kerana rupa atau bakat. "Jadi, saya rasa saya perlu menjaga nilai eksklusif ini seperti mana idola saya iaitu Maya Karin amalkan," katanya yang ditemui selepas prebiu filem Jangan Pandang-Pandang (JPP). Selain itu, Sara Ali yang juga kini membintangi filem JPP ini memberitahu dia kurang muncul ke majlis-majlis hiburan kerana terlalu sibuk untuk menimba ilmu pengetahuan dalam kerja-kerja belakang tabir. "Cita-cita saya nak jadi pengarah dan penerbit filem bila cecah usia 30 tahun nanti. Namun untuk mencapainya saya perlu menimba ilmu dan pengalaman dahulu. "Saya juga punya target yang saya hanya akan berlakon sehingga usia 29 tahun sahaja. Jadi sekarang adalah masa saya untuk terokai ilmu lakonan secukupnya. "Selain menimba penglaman, saya juga ingin mendapatkan ijazah dalam bidang pengarahan. InsyaAllah jika dimurahkan rezeki New York Film Academy (NYFA) merupakan tempat pengajian impian saya kelak," jelasnya. Dalam pada itu, bercerita mengenai filem JPP yang sudah mula ditayangkan pada 29 Mac lalu, Sara berkata filem tersebut merupakan filem komedi pertama yang dilakonkannya. "Saya gembira dapat berlakon dalam filem ini lebih-lebih lagi dibawah arahan Ahmad Idham. Bagi saya dia seorang pengarah komedi yang sangat bagus. "Ahmad Idham seorang pengarah yang lebih mementingkan komedi susasana daripada komedi dialog yang mana bagi saya bukan mudah untuk menjayakannya. "Pertama kali berlakon dalam filem komedi, saya juga dapat rasakan ianya lebih sukar berbanding melakonkan watak serius. "Ini kerana untuk membawa watak komedi, pergerakan dan memek muka pelakon itu perlu lebih besar, namun saya dapat lakukannya di atas tunjuk ajar pengarah,"tambahnya lagi. Selain Sara, filem JPP turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Zizan Raja Lawak, Miera Liyana, Erin Malik, Azhar Sulaiman, Nas-T, Anith Aqila dan ramai lagi. Sara Ali yang bakal muncul dalam filem Azazil September ini, telah pun membintangi beberapa filem lain seperti Penunggu Istana, Songlap, Nur Kasih dan Klip 3GP. |
You are subscribed to email updates from Sara Ali - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan