Nuffnang

Ahad, 1 April 2012

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Neelofa Bercinta Dengan <b>Hans Isaac</b> | Koqin&#39;s World

Posted: 12 Feb 2012 05:46 PM PST

Bekas awek aku, pelakon jelita, Neelofa secara tidak langsung mengiyakan gosip percintaannya dengan Hans Isaac apabila dia saban malam bersama aktor kacak itu sepanjang persembahan Lawak Ke Der? di Istana Budaya (IB) di sini baru-baru ini.

Menurut sumber dari IB, Neelofa dilihat hadir menemani Hans yang merupakan penerbit persembahan itu yang diadakan di Panggung Sari, IB pada 3, 4, 5, 10, 11 dan 12 Februari lalu di mana mereka kelihatan amat intim sewaktu berada di panggung tersebut.

"Boleh dikatakan setiap malam persembahan Lawak Ke Der? Neelofa pasti hadir dan duduk bersebelahan dengan Hans. Paling ketara apabila Neelofa dan Hans duduk bersebelahan di tempat duduk VIP sewaktu menyaksikan persembahan malam terakhir itu semalam.

"Malah, Neelofa turut membawa ibu, nenek serta beberapa orang adik beradiknya menonton sama persembahan tersebut. Ahli-ahli keluarga Neelofa dilihat amat mesra dengan Hans dan seolah-olah merestui hubungan intim mereka itu," kata sumber dari IB itu lagi.

Kelibat pasangan itu yang sering ke sana ke mari sewaktu di menyaksikan Lawak Ke Der? yang dijayakan oleh kumpulan Osbon, Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil Raja Lawak itu telah menjadi perhatian kebanyakan daripada 1,200 penonton di IB pada malam tersebut.

Sebelum ini, Neelofa yang enggan berterus terang hubungan intimnya dengan Hans dikatakan mula rapat dengan Hans sewaktu mereka pertama kali terbabit dalam penggambaran sebuah produksi di sekitar Lembah Klang pada hujung tahun lalu. –sumber

Tiada ulasan:

Catat Komen