Nuffnang

Ahad, 1 April 2012

Zul Huzaimy - Google Blog Search

Zul Huzaimy - Google Blog Search


<b>Zul Huzaimy</b> bermentorkan Eman - Halaman Gambar Menarik, Pelik <b>...</b>

Posted: 08 Jan 2012 05:40 AM PST

SINONIM dengan watak antagonis, aktor kelahiran Grik, Perak ini sudah lama bertapak dalam hati peminat filem Melayu. Berikan apa sahaja karakter, hampir tiada cacat dizahirkannya. Tidak keterlaluan meletakkan dia sebagai antara aktor hebat yang sedang segar menghijau.

Cuma, sensasi Zul Huzaimy Marzuki gara-gara kisah perceraiannya bersama bekas isteri sedikit masa dahulu membuatkan dia berdiam diri. Membawa kisah peribadi jauh daripada publisiti tidak bermakna pelakon berusia 33 tahun itu sepi berkarya.

Dalam diam, dia melebarkan sayap seninya. Bermula sebagai pelakon kecil dari pentas-pentas teater kepada pelakon drama dan terjulang mengungguli anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Wayang, bapa anak satu ini, mengukuhkan nama sebagai pengarah pula.

Kata Zul, dia berehat dan memilih untuk berkarya dalam naskhah sendiri kerana karakter yang diberikan pengarah tidak mengujakan selera seninya.

"Minat untuk pengarahan memang telah lama ada, kecintaan saya ada di situ. Seronoknya bila berkarya sendiri, kadang-kadang ada watak ciptaan sendiri tidak mampu saya lakonkan. Jadi, bila mengarah drama, watak berat harus diberi kepada pelakon lain," katanya terpetik nama pelakon handalan, Eman Manan sebagai pelakon kegemarannya.

Dalam banyak drama tulisan sendiri mahupun karya penulis skrip lain, nama Eman Manan kerap menjadi taruhannya, terbaru mereka bekerjasama dalam Kenapa Aku Mencuri yang disiarkan di saluran Astro.

"Eman ada kefahaman dan mampu menyampaikan tulisan saya dalam pengucapan dan gaya bahasa terbaik. Drama pertama arahan saya berjudul Rambung (2009). Eman jadi pelakon utama dan individu yang banyak bagi kepercayaan kepada saya ketika itu ialah Baharin Abu Bakar. Selepas itu, banyak juga drama yang sudah saya arahkan," terletus tajuk-tajuk seperti Dia Bukan Ibuku dan Di Langit Ada Cinta sebagai drama yang pernah menerima sentuhannya.

Sudah banyak drama tercipta dan semuanya adalah telemovie, tahun ini bakal menyaksikan percubaan pertama Zul bertindak sebagai pengarah drama bersiri.

Tidak lupa asal kariernya sebagai pelakon, Zul yang selesai penggambaran drama arahannya Aku Belum Mati itu menantikan kemunculan terbaharunya dalam drama Ampunkan Dosaku, mengisi Slot Azalea di TV3. Dia masih laku sebagai pembawa watak anak derhaka, suka bersosial dan mengenepikan nilai hormat dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Komen