Nuffnang

Khamis, 21 Jun 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Puas Hati Dengan Album Terbaru

Posted: 09 May 2012 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi dari negara Singapura, Aliff Aziz berasa puas hati dapat mengeluarkan albumnya yang terbaru, berjudul 'Aliff Aziz' sepenuhnya di Malaysia.

Album tersebut merupakan hadiah dari Aliff Aziz kepada para peminatnya yang tidak pernah jemu menyokongnya walaupun terkadang dirinya dilanda kontroversi panas sebelum ini.

Dalam sidang media pelancaran albumnya yang diadakan di The Bee Publika hari ini, Aliff berkata, album ketiga itu membawa genre pop berbeza dari album pertama dan kedua.

Lagu-lagu bergenre pop dalam album itu sedikit sebanyak menunjukkan indetiti dirinya semakin matang sesuai dengan usianya yang sudah menjangkau 21 tahun.

"Saya berasa puas memandangkan album pertama dan kedua susah untuk saya memberikan fokus sepenuhnya sebab saya sibuk dengan latihan khidmat negara di Singapura.

"Kalau dilihat dalam album pertama dan kedua, saya masih mencari identiti dan lebih banyak memasukkan genre pop. Tapi dalam album baru ini, saya ada selitkan beberapa lagu genre balada.

"Namun saya masih mengekalkan genre pop seperti album terdahulu tetapi lebih matang," kata Aliff di sini hari ini.

Ketika ditanya cabaran untuk menyiapkan album itu yang turut menerima sentuhan dari Zimi Sofarz, Aliff Aziz mengakui sedikit penat untuk merakamkan lagu-lagu barunya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-sayang itu juga terpaksa membahagikan masanya dengan komitmen lakonan yang baru dia ceburi.

Buat peminat Aliff Aziz, albumnya telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac yang lalu.
Album yang diterbitkan oleh Zimi Sofarz dan Azlan Abu Hassan itu memuatkan lapan buah lagu dan dua minus one.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan