Nuffnang

Khamis, 21 Jun 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


asmira surianie: Tutorial cara pakai tudung dan shawl <b>Diana Amir</b>

Posted: 18 Jun 2012 07:48 AM PDT

Dah bertahun rasanya tak buat Tutorial shawl and macam-macam tutorial yang lain. Aku pon keluar rumah pakai syria je simple tak pon pakai tudung bawal yang 1 tone je kalau rajin sikit sebab aku suka yang 1 tone je, bawal 2 tone dengan 3 tone tak minat. Tapi kali ini aku nak korang jimat dengan guna balik shawl plain masa mula-mula zaman kegemilangan semua gadis-gadis pakai shawl tu. Mesti banyak kan korang simpan je tak guna langsung. Daripada tak guna apa kata kita pakai balik..Untuk kali ini aku buat tutorial cara pakai tudung macam Diana Amir. Kenapa Diana Amir ? Sebab aku memang minat dengan dia semenjak dia berhijab. Style dia simple and sweet. Jom tengok
Ini basic sahaja. Sarungkan tudung macam dalam gambar dekat atas.
Pastikan selendang sebelah pendek sebelah panjang.  Belah kanan = pendek, belah kiri = panjang

Lipat macam biasa dan pin kan di tepi kiri dan kanan. Pin mengikut keselesaan anda. Kalau aku, aku pin dengan 2 pin dekat kiri and kanan supaya tak jatuh nanti.


1. Tarik yang belah pendek ke belakang.
2. Ambil yang belah panjang ke bahu kanan dan pin kan.
3. Siap
1. Ambil yang belah pendek yang ditarik ke belakang tadi bawak balik ke depan.

Simple kan macam A B C. Senang tak payah sarat sangat bila pakai cara macam ni. Tak payah belit sana belit sini buat tercekit je. And pastikan pakai inner neck kat dalam tapi dalam tutorial ni aku pakai tudung Syria hitam je ok bye. Assalamualaikum :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan